7 Cabaran Sikap-Sikap Suami Yang Bakal Isteri Perlu Tahu

petua rumahtanggaHubungan suami isteri adalah satu hubungan yang agak rumit.

Apabila seorang lelaki dan perempuan sudah hidup serumah ianya agak berbeza berbanding dengan sewaktu belum
berkahwin. Ada bezanya.

Ketika masih sedang bercinta, banyak sikap sebenar pasangan masih belum terserlah kerana pada masa itu,
masing-masing cuba manjaga tingkah laku dan cuba menjaga hati pasangan sebaik mungkin.

Dan apabila selepas berkahwin serta masa berlalu, secara perlahan-lahan barulah sikap dan perangai sebenar
pasangan akan terserlah – satu-satu.

Pada ketika ini, setiap pasangan hendaklah saling menerima kelebihan dan kekurangan sikap dan perangai
pasangan masing-masing. Ada sikap dan perangai yang boleh diubah dan ada yang kekal sejak azali.

Kali ini, fokus adalah kepada diri seorang wanita yang bakal menjadi seorang isteri.

Apabila sudah berrumahtangga, anda mungkin akan menghadapi beberapa cabaran hebat disebabkan adanya sikap-
sikap suami yang mungkin anda tidak tahu atau sedari.

Bukan semua suami bersikap begini. Tetapi anda perlu tahu lebih awal untuk membuka minda serta bersedia
menghadapi cabaran-cabaran ini dengan cara-cara yang betul.

Begini cabaran-cabarannya:
 

1. Suami Terpaksa Lebihkan Masa Bekerja

Dengan suasana kos sara hidup yang tinggi – terutama di Lebah Kelang – seorang isteri tidak boleh lagi
mengharapkan suaminya selalu ada di sampingnya.

Suami yang bekerja di zaman ini mungkin tidak lagi dapat menyeimbangkan masa atau melebihkan masa untuk
bersama isteri dan anak-anak.

Walaupun ramai suami yang cuba sedaya-upaya mencari keseimbangan masa ini, ramai yang gagal mencapainya.

Lainlah kalau suami adalah seorang yang sudah kaya atau mempunyai pendapatan-pendapatan lain yang kurang
kebergantungan kepada kerja.

Jika suami yang terlibat di dalam perniagaan, lebih banyak masa akan dihabiskan untuk memastikan bisnesnya
hidup dan berjalan lancar.

Paling teruk jika suami itu sendiri yang bersikap gila bekerja. Pergi ke tempat kerja atau balik rumah,
tiada lain yang diingatnya selain dari kerja.

Malah bercakap dengan isteri sendiri pun pasal hal-ehwal kerja!

 

2. Suami Tidak Mampu Urus Kewangan Diri Dan Keluarga

Terdapat juga suami yang sukar menguruskan kewangan diri dan keluarga disebabkan kos sara hidup yang
tinggi, suami bergaji kecil atau kerja tidak stabil.

Oleh itu, kewangan tidak stabil dan duit selalu tidak cukup. Dengan kata lain – kais bulan, makan bulan.

Ada juga suami yang masih belum terdedah, kurang mahir atau tiada langsung ilmu pengurusan kewangan
peribadi dan keluarga.

Ini akan menimbulkan kesukaran bagi pasangan untuk sama-sama merancang untuk masa depan seperti persediaan
untuk membeli rumah sendiri, ada pelindungan insurans atau memulakan tabungan anak-anak.

Lebih teruk lagi jika sikap suami itu sendiri yang boros dan suka berbelanja tanpa memikirkan kesannya
kepada kewangan diri dan keluarga.

Paling teruk jika mempunyai banayak hutang. Hutang lama belum selesai, sudah ingin ditambh pula hutang yang
baru.


 

3. Suami Yang Melebihkan Hobi Berbanding Isteri

Ada isteri yang merungut dan tidak puashati hanya kerana hobi suami.

Apabila isteri ajak suami keluar jalan-jalan atau ke shopping mall, suami sering susah hendak tunaikan
kemahuan isteri. Tetapi suami sanggup pulakerap tinggalkan isteri kerana hobi memancing atau tengok bola.

Ada juga kes di mana suami sering tidak sanggup hendak hadiahkan isteri baju atau bag tetapi dia sanggup
pula habiskan banyak duit modified kereta atau motor.

Lebih teruk lagi jika hobi suami dan hobi isteri adalah hobi yang berlawanan dan jauh bezanya.

 

4. Suami Yang Melebihkan Ibu Atau Familinya Berbanding Isteri

Suami sebegini sering membuat keputusan atau tindakan yang menyebelahi ibu atau familinya.

Malah suami lebih mendengar nasihat atau pendapat ibu atau familinya melebihi nasihat atau pendapat
isterinya.

Apabila ini berlaku, ianya sering menimbulkan rasa tidak puashati isteri.

Meskipun ibu dan familinya adalah orang yang paling tinggi kedudukannya bagi suami, suami perlu pandai
mencari jalan tengah untuk memuaskan hati ibu, famili dan isterinya.

Palik teruk jika si suami mempunyai ciri-ciri anak emak di mana dia tidak berani membuat sebarang keputusan
sendiri walaupun sudah berumahtangga dan hidup sendiri.

Semua keputusan atau perkara perlu dirujuk kepada ibu atau familinya terlebih dahulu.

Dan nasihat dan pandangan isteri jarang diminta atau jarang didengarnya.

 

5. Suami Yang Bersikap Tidak Ambil Kisah

Jangan terkejut jika anda baru tahu yang ada suami yang tidak ambil kisah tentang hal-hal rumahtangga.

Suami sebegini tidak kisah tentang kewangan keluarga, tentang kominukasi suami istei, malah juga tidak
kisah tentang penyediaan hal-ehwal keperluan rumahtangga.

Hampir setiap setiap perkara disiapkan oleh isteri seperti makan-minum, mengemas rumah, basuh pakaian, urus
duit, membeli barangan keperluan rumahtangga, siapkan anak-anak atau duduk bersama-sama anak-anak siapkan
kerja sekolah.

Suami sebegini tinggal di dalam dunianya sendiri dan akan biarkan isterinya seorang sahaja yang selesaikan
banyak hal-ehwal rumahtangga.

Sehinggakan hal-hal keluarga kedua-dua belah pihak pun dia tidak ambil kisah.


 

6. Suami Yang Amat Berahsia Dengan Isteri

Suami sebegini sering membuatkan isterinya tertanya-tanya dan rasa syak wasangka.

Hal kerja, rahsia. Hal kawan-kawan, rahsia. Nak ke mana-mana pun susah nak beritahu isteri sendiri.

Ini memberikan cabaran yang besar kepada isteri kerana perkara-perkara ini sering menimbulkan syak-wasangka
yang tidak berkesudahan.

Paling rahsia adalah handphonenya. Jangan cuba usik-usik handphonenya. Nanti perang besar!

 

7. Suami Yang Sukar Menerima Nasihat Dan Teguran

Hampir semua lelaki ada egonya yang tersendiri. Dan ego ini sebenarnya bersesuaian dengan watak suami
sebagai ketua keluarga.

Bagaimanapun, ada kalanya keputusan dan perkara yang akan dilakukan oleh suami secara terang-terang tidak
tepat atau salah.

Dalam hal ini, ada suami yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa keputusan atau perkara yang akan
dibuatnya itu memang tidak tepat atau salah.

Keadaan ini sering menaikkan kemarahan suami kerana suami berasa tercabar. Jadi keputusan atau perkara yang
tidak betul itu akan berterusan kerana si isteri tidak mampu mengubah apa-apa.
Sebenarnya tedapat banyak lagi sikap-sikap suami yang bakal isteri perlu tahu.

Kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj – pakar motivasi dan hubungan – ada suami yang berubah selepas kahwin
kerana:

1. Orang sekeliling

2. Kerjaya

3. Ekonomi dan sosial

4. Fitrah

Malah, kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, terdapat 42 lagi cabaran besar yang perlu diketahui dan ditangani
oleh isteri. Ianya adalah:

1.  Suami Tidak Bekerja
2. Suami Pengurus Rumahtangga
3. Suami Lemah Mental
4. Suami Tak Rasional
5. Suami Paksa Tinggal Dengan Mertua
6. Suami Lemah Tenaga Batin
7. Suami Berjawatan Besar
8. Suami Berniaga
9. Suami Miang Keladi
10. Suami Bodo-Bodo
11. Suami Jawatan Rendah
12. Suami Hensem
13. Suami Kememer
14. Suami ‘Bisu’
15. Suami Kaki Melaram
16. Suami Simpan Perempuan
17. Suami Kaki Kelentong
18. Suami Kaki Disco/Kelab Malam
19. Suami Toleh
20. Suami Kaki Betina
21. Suami Terlalu Taat Ibu Bapa
22. Suami Workaholic
23. Suami Tidak Penyayang
24. Suami Homoseksual
25. Suami Panas Baran
26. Suami Ramai Peminat
27. Suami Terlalu Tua
28. Suami Fanatik Pada Ajaran Tertentu
29. Suami Jiwang Karat
30. Suami Pucuk Muda
31. Suami Aktif Bermasyarakat
32. Suami Kejam
33. Suami Terlalu ‘Kuat’
34. Suami Abai Mertua
35. Suami Lemah Pengamalan Agama
36 Suami Ada Anak Tiri
37. Suami Beristeri Lebih
38. Suami Kuasa Veto
39. Suami Berpenyakit Sukar Sembuh
40. Suami Aktivis Politik
41. Suami Putar Alam
42. Suami Satu Sen Tak Guna

 

Apabila melihatkan senarai sikap dan perangai suami ini, mungkin ini akan merisaukan anda yang bakal
bergelar seorang isteri.

Bukan semua suami begini. Tetapi anda perlu ada ilmu bagaimana anda boleh menghadapi situasi, sikap serta
perangai suami ini awal-awal lagi.

Kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, dia akan terangkan bagaimana untuk:

1. 11 jenis persepsi suami terhadap isteri. Dengan kata lain bagaimana isteri boleh melihat apa yang ada di
dalam kepala suami.

2. Apa yang patut isteri lakukan?

3. Teknik ajaib untuk menguasai suami

4. Formula penyelesaian total

5. Doa untuk menguasai suami

Serta banyak lagi yang Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj bakal tunjukkan kepada anda.

Ketahui ilmu ini awal-awal lagi. Klik Suami Unggul

 

Semoga anda dan pasangan bahagia selalu hingga ke Jannah.

😀
 
 
 

Tarikh Kursus Kahwin Taiping Bulan September 2016

Jadual Dan Tarikh Kursus Kahwin Taiping Untuk Bulan September 2016

kursus kahwin TaipingBagi anda yang berada di kawasan Taiping, Kamunting atau di kawasan yang berdekatan, anda boleh ikuti Kursus Kahwin Taiping atau Kursus Kahwin Kamunting ini pada tarikh yang saya sediakan ini.
 

Tarikh Penganjurannya:

SEPTEMBER 2016

+ 03-04 SEPTEMBER 2016 – Sabtu & Ahad – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 17-18 SEPTEMBER 2016 – Sabtu & Ahad – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 24-25 SEPTEMBER 2016 – Sabtu & Ahad – BOOKING MASIH DIBUKA

 

Bagi anda yang masih belum tahu tentang Kursus Kahwin Taiping ini, anda mungkin mempunyai banyak kemusykilan di dalam minda anda.

Biar saya terangkan.
 

Khidmat kursus kahwin kami ini adalah khas buat anda, jika anda:

+ Anda URGENT NAK DAPATKAN sijil kursus kahwin?

+ Anda PENING-PENING MEMIKIRKAN bagaimana caranya nak MEMOHON KELULUSAN PERKAHWINAN DENGAN CEPAT & BETUL?

+ Anda NAK BERSIAP-SEDIA AWAL-AWAL untuk punyai sijil kursus kahwin walaupun anda belum ada tarikh kahwin?

+ Anda naik jeles bila lihat RAKAN-RAKAN ANDA DAH ADA sijil kursus kahwin?
 

Jika anda di dalam situasi ini, kami boleh membantu anda. Ini kerana sejak bertahun-tahun lamannya kami telah membantu RIBUAN MUDA-MUDI mendapatkan sijil kursus kahwin setiap tahun.

 

Apa Yang anda Perlu Tahu Tentang Kursus Kahwin Taiping?

+ MUDAH, DUDUK & DENGAR sahaja

+ Penganjuran SETIAP SABTU & AHAD SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN

+ Sijil Kursus Kahwin yang TIADA TARIKH LUPUT

+ Sijil Kursus Kahwin yang SAH LAKU DIGUNAKAN DI SELURUH MALAYSIA

+ Sijil Kursus Kahwin DAPAT TERUS SEWAKTU ANDA TAMAT IKUTI KURSUS

+ 4 kali MAKAN-MAKAN DISEDIAKAN

+ MASIH BELUM ADA UJIAN BERTULIS atau UJIAN LISAN walaupun sudah dinyatakan oleh Menteri di akhbar

 

Kursus Kahwin Taiping Ni Kat Mana?

Bagi anda yang masih belum tahu Pusat kursus kahwin Taiping kami ini terletak betul-betul di sebelah shopping kompleks AEON Mall Taiping.

Dan dewannya hanyalah di atas bangunan Seng Heng.
Dan saya berikan alamat penuhnya:
 

KURSUS KAHWIN TAIPING
No. 21, Tingkat 2
Jalan Saujana, Taman Saujana 3
34600 Kamunting
Perak Darul Ridzwan

 

Nak Bawa Apa Ye Sewaktu Hadir Ke Kursus Kahwin Ini Nanti?

Anda cuma perlu bawa 1 salinan IC sahaja (untuk setiap peserta).

 

Nak Pakai Macamana Ye?

+ Bagi peserta lelaki – SMART KASUAL tetapi pastikan pakai baju berkolar

+ Bagi peserta wanita – sopan, tutup aurat dan paling bagus berbaju kurung atau berjubah

 

Bila Nak Kena Bayar Yuran Ni?

Anda jangan risau pasal yuran. Ini kerana anda BOLEH JELASKAN YURAN SEWAKTU ANDA HADIR KE KURSUS KAHWIN nanti.

 

Berapa Yurannya Ye?

Yuran cumalah RM100 untuk setiap peserta yang mana ianya sudah termasuk 4 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, sedikit alatulis, sijil kursus kahwin yang TAK EXPIRED dan beberapa orang tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman.

 

Macamana Nak Booking?

Nak buat booking ni cukup mudah kerana anda boleh buat booking kursus kahwin semudah Whatsapp ke Hotline saya ni, 019 4400043.

 

Nota penting

Jangan tungu lama-lama untuk buat booking. Ini kerana RAMAI YANG SUDAH AMBIL KESEMPATAN ikuti kursus kahwin di sini SEWAKTU UJIAN MASIH BELUM DIWAJIBKAN.

JOM !

 

p.s. Anda juga boleh lihat lain-lain info penting tentang Kursus Kahwin Taiping ini di:

+ Laman web rasmi, www.KursusKahwinTaiping.com

+ Fb fanpage, www.Facebook.com/kursuskahwintaiping
 
 
 

TERKINI – Tarikh Kursus Kahwin Hari Bekerja Di Kursus Kahwin Gombak 2016

Tarikh Kursus Kahwin Waktu Hari Bekerja Di Kursus Kahwin Gombak Untuk Bulan Ogos, September Dan Oktober 2016

 
kursus kahwin Gombak

Buat pengetahuan anda, setiap hari, kakitangan Kursus Kahwin Gombak menerima banyak pertanyaan dan permintaan dari muda-mudi yang ingin mengikuti kursus kahwin pada waktu hari bekerja.

Sebelum ini, penganjuran kursus perkahwinan di sini hanyalah dibuat pada hari hujung minggu atau pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Tetapi memandangkan ramai muda-mudi yang nak melangsungkan perkahwinan atau nak ikuti kursus kahwin dan mereka tidak dapat hadir pada hari hujung minggu – pihak Kursus Kahwin Jalan Gombak telah meminta kebenaran JAWI untuk menyediakan KURSUS KAHWIN WAKTU HARI BEKERJA.

Ini adalah usaha pihak penganjur untuk membantu ramai muda-mudi memandangkan muda-mudi ini terpaksa berkerja pada hari hujung minggu atau sangat URGENT nak melangsungkan perkahwinan.

Alhamdullillah, dengan kebenaran JAWI, pihak penganjur telah mendapat kebenaran penganjuran KURSUS KAHWIN HARI BEKERJA atau KURSUS KAHWIN HARI BIASA ini, 2 KALI SEBULAN – PADA RABU DAN KHAMIS MINGGU KEDUA DAN MINGGU KETIGA SETIAP BULAN.

Untuk memudahkan anda, saya berikan tarikh tepat penganjurannya.


 
TARIKH PENGANJURAN KURSUS KAHWIN HARI BEKERJA

OGOS 2016

+ 17-18 Ogos 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

SEPTEMBER 2016

+ 14-15 September 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 21-22 September 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

OKTOBER 2016

+ 12-13 Oktober 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 19-20 Oktober (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

 

DI MANA LOKASI KURSUS KAHWIN JALAN GOMBAK INI?

 
kursus kahwin hari bekerjaSebenar mudah sahaja jika anda nak ke Kursus Kahwin Jalan Gombak ni.
 
 
Jika anda datang dari Setapak:

Anda akan lalu di depan SHOPPING KOMPLEKS SETAPAK SENTRAL (dulu, namamya KL Festival City).

Anda jalan terus melalui 2 traffic light dan anda akan nampak STESEN MINYAK BHP di sebelah kiri anda. Anda juga akan nampak bangunan Medan Idaman yang berwarna kuning.

Belok kiri melalui stesen minyak BHP dan masuk ke Jalan Jernai 2.

Anda jalan terus ke hadapan sehingga ke hujung jalan di mana anda akan jumpa Restoran Heavan’s Park di sebelah kiri dan ManjaKu di sebelah kanan anda.

Di situ anda akan nampak signage Kursus Kahwin Gombak yang terletak di atas Klinik Rosanah.

 

Manakala jika anda datang dari Balai Polis Gombak:

Selepas Balai Polis Gombak, anda akan sampai ke traffic light yang mana anda akan nampak satu bangunan kuning.

Di traffic light itu, belok kiri dan anda akan nampak Pasaraya Ong Tai Kim di bangunan Kompleks Idaman di sebelah kanan anda.

kursus kahwin hari biasaKursus kahwin Gombak terletak betul-betul di belakang Pasaraya Ong Tai Kim.

 

NOTA:

Jika anda tidak pasti atau ragu-ragu, anda boleh terus hubungi atau Whatsapp Admin Kursus Kahwin Gombak di 019 6457797.

 
 

MAKLUMAT PENTING KURSUS KAHWIN GOMBAK

 
+ Kursus kahwin di sini mudah sahaja. Anda cuma perlu DUDUK dan DENGAR sahaja

+ Ianya TIDAK LAMA – 1 HARI SETENGAH SAHAJA. Kursus akan tamat pada pukul 1.30 tengahari Ahad nanti

+ SIJIL KURSUS KAHWIN yang TIADA TARIKH LUPUT

+ SIJIL KURSUS KAHWIN yang BOLEH DIGUNAKAN DI MANA-MANA NEGERI DI MALAYSIA

+ Ada TIGA KALI MAKAN-MAKAN di sediakan

+ MASIH BELUM ADA UJIAN. Walaupun ujian telah dinyatakan oleh Menteri tidak lama dahulu, UJIAN MASIH BELUM DILAKSANAKAN. Buat masa ini ramai muda-mudi yang telah ambil kesempatan ikuti kursus kahwin ini sewaktu ujian masih belum diwajibkan
 
kursus kahwin waktu hari bekerja
 
 
Untuk lain-lain maklumat penting tentang Kursus Kahwin Gombak ini, anda juga boleh merujuk laman web rasmi mereka di www.KursusKahwinGombak.com
 
 
 
 
 
 

Ramai yang SUDAH. Anda BILA LAGI?

😀
 
 
 
 

Terkini – Kursus Kahwin Hari Bekerja Kuala Lumpur

Tarikh Kursus Kahwin Hari Bekerja Kuala Lumpur Bulan Ogos 2016

kursus kahwin hari bekerja kuala lumpur
 
Setiap minggu terdapat ramai muda-mudi yang ingin ikuti kursus kahwin tetapi niat mereka terhalang kerana mereka terpaksa bekerja pada hari hujung minggu atau pada hari Sabtu dan Ahad.

Disebabkan hal ini, mereka tidak dapat nak ikut turut serta bersama rakan-rakan mereka hadir ke kursus kahwin dan memiliki awal-awal sijil kursus kahwin.

Jika anda salah seorang dari mereka ini, anda tidak perlu risau-risau atau tertunggu-tunggu tarikh hari hujung minggu untuk mengikuti kursus ini.

Ini kerana terdapat TIGA Pusat Kursus Kahwin di Kuala Lumpur ini yang menyediakan khidmat penganjuran KURSUS KAHWIN HARI BEKERJA atau KURSUS KAHWIN HARI BIASA.

Tiga Pusat Kursus Kahwin ini adalah Kursus Kahwin Danau Kota, Kursus Kahwin Setiawangsa dan Kursus Kahwin Setapak (atau Kursus Kahwin Jalan Gombak).

Untuk memudahkan anda untuk melihat tarikh penganjuran, saya telah sediakan jadual di bawah.

Anda boleh pilih mana-mana tarikh penganjuran kursus kahwin Hari Bekerja atau kursus kahwin Hari Biasa yang sesuai dengan tempat dan masa anda.

JOM pilih 🙂
 

Ogos
2016
Danau
Kota
(013 4133343)
Setiawangsa
(013 2298900)
Setapak/Jalan Gombak
(019 6457797)
10-11
Ogos 2016
(Rabu & Khamis)
Tiada
Penganjuran
Tiada
Penganjuran
Ada Penganjuran
17-18
Ogos 2016
(Rabu & Khamis)
Tiada
Penganjuran
Tiada
Penganjuran
Ada Penganjuran
24-25
Ogos 2016
(Rabu & Khamis)
Ada Penganjuran Ada Penganjuran Tiada
Penganjuran

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau terus nak buat BOOKING, anda boleh Whatsapp admin atau Hotline setiap Pusat Kursus Kahwin ini.

Hotline Kursus Kahwin Danau Kota013 4133343

Hotline Kursus Kahwin Setiawangsa013 2298900

Hotline Kursus Kahwin Setapak (atau Kursus Kahwin Jalan Gombak)019 6457797

 

 

 

Tarikh Kursus Kahwin Danau Kota Bulan Julai 2016

kursus kahwin Danau Kota

 

Selepas cuti Hari Raya 2016, penganjur di Danau Kota akan meneruskan khidmat kursus kahwin mereka secepat mungkin untuk membantu anda yang mungkin urgent nak dapatkan sijil kursus kahwin atau nak melangsungkan perkahwinan.

Ianya juga terbuka kepada pasangan yang belum ada tarikh kahwin, anda yang masih solo atau anda yang nak membuat persediaan awal-awal belajar ilmu rumahtangga.

 

Penganjuran kursus kahwin Danau Kota pada bulan Julai 2016 adalah:

+ 16-17 JULAI 2016 – Sabtu & Ahad – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 23-24 JULAI 2016 – Sabtu & Ahad – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 27-28 JULAI 2016 – Rabu & Khamis – BOOKING MASIH DIBUKA (HARI BEKERJA)

+ 30-31 JULAI 2016 – Sabtu & Ahad – BOOKING MASIH DIBUKA

 

Jika anda masih belum tahu, kursus kahwin di Danau Kota ini . . .

+ Tak lama. Hanya 1 hari setengah sahaja. Kursus tamat pada pukul 1.30 tengahari.

+ Sijil kursus kahwin tak expired

+ Sijil kursus kahwin sah laku untuk digunakan di mana-mana Jabatan Agama di seluruh Malaysia

+ Ada 3 kali makan-makan disediakan untuk anda di sepanjang waktu kursus

+ Anda hanya perlu duduk dan dengar sahaja

+ Ujian pun masih belum ada. Walaupun ujian ini telah dinyatakan oleh Menteri di akhbar, ianya masih belum dilaksanakan dan penganjur hanya tunggu arahan dari JAWI, jika ada nanti.

 

Jika anda berminat atau ingin bertanya dengan lebih lanjut, sila Whatsapp segera ke Hotline penganjur kursus kahwin Danau Kota, 013 4133343.

Mereka akan segera membantu.

🙂

Nota: lain-lain maklumat penting tentang kursus kahwin juga ada penganjur sediakan untuk anda di laman web mereka, www.KursusKahwin.Net

 

Kat Mana Ada Kursus Kahwin Hari Bekerja Atau Kursus Kahwin Hari Biasa?

kursus kahwin hari biasa
 

Selalunya, kita dapati banyak pusat kursus pra perkahwinan di kawasan Kuala Lumpur ini menganjurkan kursus kahwin pada hari Sabtu & Ahad.

Bagaimanapun, terdapat ramai muda-mudi dari kawasan Kuala Lumpur dan juga dari negeri-negeri yang berhampiran yang tidak dapat nak ikuti kursus kahwin pada hari hujung minggu.

Mereka memang URGENT nak dapatkan sijil kursus kahwin dan TIDAK DAPAT NAK MENUNGGU hari hujung minggu untuk ikuti kursus perkahwinan ini.

Mereka urgent nak melengkapkan dokumen-dokumen wajib untuk mereka memohon kelulusan untuk pernikahan mereka dengan kadar segera.

Jika anda bakal berkahwin atau sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga tetapi tidak dapat nak ikuti kursus pra perkahwinan pada hari Sabtu & Ahad, anda pasti buntu nak mencari kat mana pusat kursus kahwin yang menyediakan kursus kahwin pada hari biasa.

Untuk membantu menyelesaikan masalah anda, saya telah sediakan info tentang beberapa tempat kursus kahwin di Kuala Lumpur yang menyediakan kursus kahwin pada hari bekerja.

 

1. KURSUS KAHWIN DANAU KOTA

Rabu & Khamis pada minggu pertama dan minggu keempat setiap bulan

Jika anda ingin bertanya atau perlukan lain-lain info, anda boleh Whatsapp terus ke Hotline 013 4133343

 

2. KURSUS KAHWIN JALAN GOMBAK

Rabu & Khamis pada minggu kedua setiap bulan

Jika anda ingin bertanya atau perlukan lain-lain info, anda boleh Whatsapp terus ke Hotline 019 6457797

 

3. KURSUS KAHWIN SETIAWANGSA

Rabu & Khamis pada minggu pertama setiap bulan

Jika anda ingin bertanya atau perlukan lain-lain info, anda boleh Whatsapp terus ke Hotline 019 6320122

 

Semoga info ini dapat membantu anda.

😀

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial