FAQ

Boleh Ke Saya Masuk Kursus Kahwin Walaupun Saya Masih Single Atau Solo?

Ya, boleh. Walaupun anda masih belum ada pasangan atau masih belum ada tarikh nikah, anda boleh ikuti kursus kahwin. Ramai muda-mudi seperti anda yang telah ikuti kursus kahwin di sini.

Ini kerana, sijil kursus kahwin dari sini adalah sijil kursus kahwin yang SAH LAKU SEUMUR HIDUP dan TIADA TARIKH LUPUT.

Simpan elok-elok, jangan laminate dan gunakannya apabila anda sudah sampai jodoh nanti.

 

Betul Ke Kursus Kahwin Kat Sini Tiada Ujian?

Ya, betul tu. Walaupun ujian lisan atau ujian bertulis telah dinyatakan oleh menteri tidak lama dulu, ujian masih belum dijalankan atau dilaksanakan.

Sehingga kini, ramai muda mudi telah ambil kesempatan ikuti kursus kahwin sewaktu ujian masih belum diwajibkan.

kursus kahwin jawi

 

Dokumen Apa Yang Saya Perlu Dibawa?

Anda cuma perlu bawa 1 salinan IC sahaja untuk setiap seorang peserta. Itu saja.

booking kursus kahwin

Atau Whatsapp Segera 019 3300961

 

Nak Berpakaian Pula Macamana?

&nbsp
Untuk peserta lelaki, anda boleh pakai kasual tetapi pastikan pakai baju berkolar. Elakkan pakai topi, rantai atau apa-apa pakaian yang tidak sopan.

Untuk peserta wanita, pakai pakaian yang sopan dan tutup aurat. Seelok-eloknya pakai baju kurung atau berjubah. Elakkan pakai seluar atau tidak pakai tudung. Jika berseluar, pastikan pakain baju yang labuh hingga paras lutut.

 

Berapa Yurannya?

Yuran yang ditetapkan oleh JAWI untuk kursus kahwin di Gombak, Datuk Keramat dan Danau Kota adalah RM120 untuk setiap peserta.

TIADA caj tambahan atau TIADA caj tersembunyi.

Yuran ini sudah termasuk:

+ 3 kali makan-makan di sepanjang waktu kursus kahwin

+ Buku Gerbang Perkahwinan akn diberikan kepada setiap peserta

+ File dan sedikit alatulis

+ Sijil kursus kahwin yang TIDAK EXPIRED dan SAH LAKU SEUMUR HIDUP

+ 7 orang tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman yang akan membantu jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah. Tanya habis-habis kepada mereka sebelum kursus kahwin tamat.

 

Manakala untuk kursus kahwin Taiping, yuran yang ditetapkan oleh JAIPk adalah RM100 untuk setiap peserta.

Yuran ini sudah termasuk:

+ 4 kali makan-makan di sepanjang waktu kursus kahwin

+ Buku Gerbang Perkahwinan akn diberikan kepada setiap peserta

+ File dan sedikit alatulis

+ Sijil kursus kahwin yang TIDAK EXPIRED dan SAH LAKU SEUMUR HIDUP

+ Beberapa orang tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman yang akan membantu jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah. Tanya habis-habis kepada mereka sebelum kursus kahwin tamat.

booking kursus kahwin

Atau Whatsapp Segera 019 3300961