PERHATIAN!
“Adakah Anda Bakal Pengantin Yang Hadapi Masalah Kekangan Masa Dan Sukar Ke Dewan Ceramah Kursus Kahwin Face To Face?”
Jika “Ya”, Anda Dan Pasangan Tak Perlu Bimbang. Khidmat KURSUS KAHWIN ONLINE Kami Kini DISAMBUNG SEHINGGA 31 Dis 2022!
Untuk layak dapat sijil kursus kahwin – anda hanya perlu berada di depan handphone atau tablet, atau pun laptop anda sahaja serta ikut beberapa peraturan ringkas kursus kahwin online.
NOTA PENTING!
Sijil kursus kahwin online W.Persekutuan (JAWI) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN kalau nak buat permohonan kebenaran nikah di negeri Sabah/Terengganu/Perlis/Perak (bagaimanapun, kalau warga Sabah/Terengganu/Perlis/Perak nak buat permohonan di negeri-negeri lain selain 4 negeri ini – tiada masalah gunakan sijil kursus kahwin online ini).
Saudara dan saudari,
Sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH dari JAWI untuk kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Setiap tahun, kami telah bantu ribuan muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.
- Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin – supaya mereka dapat lengkapkan dokumen wajib permohonan kebenaran nikah mereka.
- Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kebenaran nikah.
Pada masa kini – dalam fasa endemik ini – kami, dengan kebenaran JAWI meneruskan khidmat kami membantu pasangan dan bakal pengantin yang perlu ada sijil kursus kahwin dan perlu tahu cara bagaimana nak buat permohonan kebenaran nikah (memohon kelulusan berkahwin).
Kini, untuk melayakkan anda memperolehi sijil kursus kahwin – yang menjadi salah salah satu dokumen wajib pemohonan kebenaran nikah anda – anda hanya perlu:
- Berada di depan gajet anda – handphone, atau tablet, atau PC, atau pun laptop – yang ada camera selama 13 jam 15 minit sahaja (1 hari setengah sahaja).
- Kursus akan TAMAT pada jam 2.15 petang pada hari ke-2 (Ahad).
- Habiskan “ceramah live” sebanyak 10 topik (modul).
Insya-Allah, mudah.
Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?
Buat pengetahuan anda:
+ Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.
+ Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.
+ Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.
Waktu Atau Masa Kursus Kahwin Online?
Sabtu
- 8.30 – 9.00 pagi – dapatkan arahan dan link dalam Whatsapp Group Peserta untuk join kursus kahwin online melalui “Zoom”. Check audio dan visual. Serta dengar sedikit penerangan dari Admin.
- 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 6.30 petang (ada break dan rehat jam 1-2 petang).
(Ada waktu rehat 1-2 petang dan break antara topik/modul)
Ahad
- 8.30 pagi – kursus bermula sehingga 2.15 petang.
- 2.15 petang – kursus kahwin online TAMAT
(Ada break antara topik/modul)
Bila Tarikh Kursus Kahwin Online Yang Available?
Dalam masa 2 bulan ini (Nov dan Dis 2022), kursus kahwin online ini hanya dibenarkan dianjurkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu.
Setiap 1 sesi live kursus kahwin hanyalah 1 hari setengah sahaja (kursus kahwin online TAMAT selepas 13 jam 15 minit pembelajaran atau sehingga 2.15 petang pada hari ke-2)
Untuk TARIKH TEPAT dan SEAT yang masih AVAILABLE, anda boleh lihat selepas anda klik salah satu dari 2 button (BUTANG OREN) di bawah atau anda KE BAWAH SEKALI pada laman web ini.
NOTA PENTING!
Sijil kursus kahwin online W.Persekutuan (JAWI) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN kalau nak buat permohonan kebenaran nikah di negeri Sabah/Terengganu/Perlis/Perak (bagaimanapun, kalau warga Sabah/Terengganu/Perlis/Perak nak buat permohonan di negeri-negeri lain selain 4 negeri ini – tiada masalah gunakan sijil kursus kahwin online ini).
Berapa Yuran Tu?
Pada waktu ini (dalam fasa endemik), JAWI menetapkan yang yuran kursus kahwin online W.Persektuan hanyalah RM85 (yuran) + buku Gerbang Perkahwinan (wajib) RM15 = RM100 sahaja.
Ianya sudah ‘all in’ (tidak termasuk bayaran pos) – sudah termasuk proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain yang berkaitan
Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.
Bila Tamat Kursus Kahwin Online, Bilakah Saya Boleh Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?
Setelah anda sertai kursus kahwin online, sijil akan dikeluarkan oelh JAWI dalam masa 3 hari bekerja. Kami akan inform dalam WhatsApp group peserta jika ada apa-apa perubahan tentang sijil kursus kahwin nanti (jika ada).
Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui WhatsApp group Peserta.
Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?
Setelah sijil kursus kahwin anda siap dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:
1. Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima makluman dari kami (dalam Whatsapp Group Peserta). Ofis kami dibuka 5 hari seminggu dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang (Isnin dan Jumaat – ofis cuti). Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).
Sebelum datang, mohon tunggu makluman dalam Whatsapp Group Peserta terlebih dahulu.
Kalau nak datang ambil sendiri, anda boleh ke ofis kami di Danau Kota:
Pusat Kursus Kahwin Danau Kota
33-1 Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur
(Di sebelah Shell dan Petronas Danau Kota)
Kalau guna Waze atau Google Maps, anda boleh cari dengan menaip “kursus kahwin Danau Kota”.
Atau,
2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda. Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).
Ataupun,
3. Anda boleh gunakan khidmat courier yang kami sediakan. Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.
Nota:
Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin online nanti.
Apa Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Sertai Kursus Kahwin Online Ini?
1. Pastikan anda menggunakan “handphone, atau tablet, atau pun pc/laptop yang CAMERANYA BERFUNGSI”. Ini kerana anda mesti nampakkan wajah atau muka anda sepanjang waktu kursus nanti). Team kami akan guide dan sediakan turorial dalam Whatsapp group nanti bagaimana anda dapat join kursus kahwin online nanti.
2. Talian internet yang baik menggunakan fixed broadband, wireless broadband atau talian cellular (stand by 20Gb).
3. Apps “Zoom” yang anda boleh download melalui Google Play Store atau Apple Apps Store. Nak pakai Zoom ni mudah sahaja.
4. Pada hari kursus kahwin online, mohon anda berada di kawasan yang mempunyai network atau coverage internet yang baik.
PENTING! Peraturan Kursus Kahwin Online
A. Peraturan SEBELUM BERKURSUS KAHWIN ONLINE BERMULA
1. BACA semua peraturan-peraturan dalam WhatsApp group peserta.
2. DOWNLOAD siap-siap APPS ZOOM dan TEST sebelum hari kursus berlangsung (kami sediakan sesi test audio dan visual Zoom pada hari Jumaat petang sebelum kursus berlangsung).
3. SETKAN SIAP-SIAP NAMA PENUH IKUT IC pada ruang “DISPALY NAMA” dalam Zoom.
4. PASTIKAN lokasi untuk cik/tuan berkursus kahwin online ADA INTERNET yang bagus. Jika tidak, masalah internet akan ganggu kelancaran kursus.
5. Kalau menggunakan DATA (bukan fixed broadband macam Unifi) – pastikan ADA DATA SEKURANG-KURANGNYA 20GB.
6. PASTIKAN gajet yang digunakan ADA CAMERA (wajib).
7. Anda boleh gunakan handphone atau tablet atau PC/laptop. TAPI PASTIKAN ianya ADA CAMERA YANG BERFUNGSI dengan baik.
8. Peserta DILARANG KERAS BERKURSUS SECARA “2 IN ONE” (DILARANG KERAS berkursus sambil bekerja, sambil memandu atau buat perkara-perkara lain). Mohon siap-siap ambil cuti jika cik/tuan bekerja.
9. PEMBATALAN atau TANGGUH KURSUS MESTI DIBUAT “SEBELUM 48 JAM” dari tarikh kursus yang telah didaftarkan. Jika tidak, TIADA REFUND yang akan diberikan (kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti yang dimaklumkan dalam WhatsApp group peserta).
B. Peraturan SEWAKTU KURSUS KAHWIN ONLINE BERLANGSUNG
1. KLIK LINK ZOOM KURSUS dan MASUK ke kursus kahwin online MELALUI LINK ZOOM yang kami BERIKAN DALAM WhatsApp group, SEAWAL 20 minit sebelum taklimat diberikan (rujuk atucara). Ianya untuk check/detect sebarang masalah audio dan visual (jika ada).
2. CAMERA GAJET KENA ON (MIC OFF) DAN NAMPAKKAN WAJAH CIK/TUAN SEPANJANG WAKTU kursus kahwin online berlangsung.
3. MENYAHUT (MIC ON) apabila nama cik/tuan dipanggil oleh penceramah/Admin/Pemantau.
4. Mohon inform melalui ruang chat di Zoom kalau cik/tuan nak ke tandas.
5. DILARANG KERAS:
+ merokok, hisap vape
+ berkacamata hitam
+ pakai topi, pakai hoody, cap, subang, lukisan logo pada muka
+ KELUAR dari sesi kursus kahwin online untuk settle perkara lain
+ dengar kursus sambil baring-baring
+ hantar mesej/chat mengutuk, troll, provokasi atau apa saja mesej/chat yang menjejaskan perjalanan kursus kahwin online
+ berada dalam kereta, tempat awam, pasaraya, kedai makan dan apa saja tempat yang tak sesuai untuk berkursus kahwin online.
+ tak tutup aurat (wajib bertudung bagi peserta perempuan)
6. AMARAN hanya akan diberikan sebanyak DUA KALI sahaja sebelum Admin/Pemantau terpaksa REMOVE peserta yang langgar/tak nak ikut peraturan dari Zoom dan WhatsApp group.
7. Bagi peserta yang kena remove, TIADA REFUND yang akan diberikan.
8. PALING PENTING bagi peserta yang berpasangan – DILARANG KERAS DUDUK BERSAMA atau DUDUK BERSEBELAHAN DALAM CAMERA YANG SAMA. Masing-masing perlu menggunakan gajet dan camera masing-masing (yang asing-asing).
9. JAWAB soalan kefahaman mudah dari JAWI sebaik sahaja ceramah selesai untuk layak dapat sijil kursus kahwin.
10. Jika ada masalah audio dan visual – mohon SEGERA INFORM Admin/Pemantau dalam ruang chat Zoom atau WhatsApp group.
C. Peraturan SELEPAS KURSUS KAHWIN ONLINE BERLANGSUNG.
Mohon cik/tuan tidak left WhatsApp group dan tunggu makluman tentang sijil kursus kahwin dalam WhatsApp group.
2. Kami akan maklumkan bila sijil kursus kahwin akan siap.3.
Kami juga maklumkan bagaimana dan proses cik/tuan boleh dapatkan sijil kursus kahwin cik/tuan – sama ada cik/tuan nak datang ambil sendiri, hantar wakil untuk ambil atau poskan kepada cik/tuan.
Soalan Lazim
Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini tanpa pasangan?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.
Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.
Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin online ini dan mendapat sijil kursus kahwin?
A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin.
Apa Kata Peserta-Peserta Kami?
Ramai muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin telah terima sijil kursus kahwin di tangan. Anda dan pasangan – bila lagi?
Apa Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Mendaftar Kursus Kahwin Online?
1. Mohon tunggu Admin masukkan nombor telefon anda ke dalam WHATSAPP GROUP PESERTA 5 hari sebelum kursus bermula (ikut tarikh kursus).
2. Dalam WhastApp Group Peserta ini, anda akan diberi aturcara, peraturan yang anda kena follow untuk layak dapat sijil kursus kahwin dan cara join kursus kahwin online secara live pada hari kursus kahwin online anda nanti.
NOTA PENTING!
Sijil kursus kahwin online W.Persekutuan (JAWI) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN kalau nak buat permohonan kebenaran nikah di negeri Sabah/Terengganu/Perlis/Perak (bagaimanapun, kalau warga Sabah/Terengganu/Perlis/Perak nak buat permohonan di negeri-negeri lain selain 4 negeri ini – tiada masalah gunakan sijil kursus kahwin online ini).
“Daftar Kursus Kahwin Online Danau Kota (Di Bawah)”
1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta (ini adalah untuk mengelakkan SPAM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab).
Hanya 2 bulan sahaja tinggal (Nov dan Dis 2022) SEBELUM kursus kahwin online DITAMATKAN oleh hampir semua Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri Di Malaysia. SEAT TERHAD!
Jika seat di kursus kahwin online Danau Kota penuh pada tarikh yang anda pilih, anda boleh lihat seat yang AVAILABLE PADA TARIKH YANG SAMA di kursus kahwin online Batu Caves dengan KLIK button ini:
Jika seat di kursus kahwin online Danau Kota penuh pada tarikh yang anda pilih, anda boleh lihat seat yang AVAILABLE PADA TARIKH YANG SAMA di kursus kahwin online Batu Caves dengan KLIK button ini:
________________________________________________
Permit penganjuran yang sah dari JAWI:
Danau Kota – MYD Solution 200903030813 (001829252-W) | Hotline 013 4133343
Batu Caves – Siarra Ventures (SA0295249-H) | Hotline 019 6457797
Copyrights © www.KursusKahwin.com.my 2017. All rights reserved
Payment gateway dan payment processing Danau Kota oleh – AFA Training Sdn Bhd (1157094-V )