Terkini – Pembukaan Pusat Kursus Kahwin Sinar Sentul, Mac 2017

kursus kahwin sinar sentul Jika anda masih belum tahu, terdapat satu lagi pusat kursus kahwin yang bakal beroperasi dan menganjurkan kursus kahwin di kawasan Sentul.

Sejak 2015, penganjur bertauliah, Sierra Ventures telah membuat penganjuran kursus perkahwinan setiap minggu di kursus kahwin Bangsar (di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar).

Oleh kerana pihak masjid sedang dalam proses membuat renovasi dan menambah bangunan masjid, pihak penganjur terpaksa membina sendiri dewan ceramah di bangunan Pusat Komersial Sinar Sentul.

Buat pengetahuan anda, lokasi kursus kahwin Sinar Sentul ini mudah sahaja untuk dicari dan dikunjungi.

Secara ringkasnya, ianya terletak betul-betul berhadapan dengan Plaza Sentul yang mana di bangunan itu terdapat Pasaraya Ong Tai Kim Sentul.

Jika anda datang dari arah pusat bandar Kuala Lumpur, jarak kursus kahwin Sinar Sentul ini hanyalah lima minit sahaja jaraknya dari Pasar Sentul dan dua minit sahaja dari simpang naik ke lebuhraya DUKE.
 
 
Alamat tepatnya adalah:

Kursus Kahwin Sinar Sentul

17-2 Pusat Komersial Sinar Sentul

Jalan Sinar Sentul 1

51000 Kuala Lumpur

 

Penganjuran kursus perkahwinan di sini adalah pada SETIAP SABTU DAN AHAD SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN.

Dewan ceramahnya baru, sempoi, cozy, tenang dan boleh memuatkan sehingga seratus orang peserta.

kursus kahwin sentulBagi anda yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang kursus kahwin Sinar Sentul, anda boleh terus Whatsapp Abang Fendi di 019 3300961.

In Sha Allah Abang Fendi akan bantu anda.

😀

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Shares