“Anda Dah Ada Sijil Kursus Kahwin?“
Kalau belum, baik anda buat persediaan awal-awal kerana sijil kursus kahwin ini “mesti ada” sewaktu anda nak buat PENGESAHAN borang nikah dan dokumen sokongan dengan Imam Jurunikah Kariah.
Ramai bakal pengantin yang stress, tertekan dan kelam-kabut kerana tarikh nikah dah ada – tetapi sijil kursus kahwin masih belum ada. Malah tak tahu bagaimana nak memohon kebenaran nikah.
Sedangkan, “perkara super penting” ini akan diterangkan dalam kursus kahwin nanti.
Saudara dan saudari,
Untuk segera lulus dan mendapat kebenaran nikah, anda perlu memahami “cara memohon kebenaran nikah” (prosedur perkahwinan) dan mesti ada semua dokumen wajib yang diperlukan termasuk “sijil kursus kahwin”.
Memahami cara memohon kebenaran nikah (prosedur perkahwinan) memang sangat penting kerana ianya akan memudahkan semua usaha anda dapat kelulusan berkahwin – terutama kalau anda sudah tetapkan hari akad nikah.
Bagi memohon kebenaran nikah, anda PERLU TAHU:
1. Bagaimana nak buat permohonan kelulusan berkahwinan kalau pasangan berlainan kalau mukim, daerah atau negeri? Silap cara – masa, usaha dan wang anda boleh terbuang begitu sahaja. |
2. Apakah sistem permohonan online apa yang anda perlu gunakan? Berlainan negeri, berlainan sistem permohonan online. Jangan tersilap! |
3. Apakah “borang” yang anda perlu isi? Lain negeri, lain pula borang. Jangan tersilap! |
4. Apakah “dokumen-dokumen wajib” yang anda perlu sediakan? Tak cukup salah satu dokumen wajib, anda tidak akan dapat pengesahan borang serta dokumen sokongan dari Imam Jurunikah kariah (Penolong Pendaftar Nikah kariah). Tanpa pengesahan ini, anda tak dapat hantar permohonan ke PAID atau pejabat Jabatan Agama Islam. |
5. Siapakan wali atau saksi yang saudara dan saudari perlu ada? Ya. Siapakah wali anda yang sebenarnya? Kalau takde wali, macam mana? Kalau wali ada tapi tinggal jauh, macam mana? Siapa pula saksi masa hantar borang? Siapakah pula saksi sewaktu akad nikah? |
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE: mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
Jadi, Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
Jangan bimbang atau risau-risau.
Ini kerana perkara super penting ini akan diterangkan dalam topik “Prosedur Perkahwinan” yang ada dalam kursus kahwin.
Malah, dalam kursus kahwin secara bersemuka, anda dan pasangan BOLEH BERTANYA DIRECT KEPADA PENCERAMAH kalau ada perkara yang kurang jelas atau kurang faham dan dapatkan JAWAPAN SEGERA tanpa anda perlu cari jawapannya pada masa yang lain.
Maklumat Penting Kursus Kahwin (Bersemuka)
Kursus kahwin kami ini (di bawah JAWI) TERBUKA kepada sesiapa sahaja dari mana-mana negeri sama ada yang sudah ada tarikh nikah (bakal pengantin) atau pun pasangan yang belum ada tarikh nikah. Malah ianya juga terbuka kepada anda yang masih solo atau bujang yang mana anda boleh masuk kursus perkahwinan ini dulu dan simpan sijil kursus kahwin ini kerana ianya TIADA TARIKH LUPUT (SAH LAKU SEUMUR HIDUP).
1. Tak lama – 1 HARI SETENGAH SAHAJA (13 jam) Jumlah 13 jam pembelajaran ini bagi memastikan anda (dengan komitmen) tahu dan faham serta “dapat lakukan” seperti apa yang diterangkan dalam kursus kahwin apabila kursus kahwin tamat nanti – terutama dalam hal nak memohon kebenaran nikah. Jumlah 13 jam ini amat pendek sahaja kalau dibandingkan dengan kegunaan ilmu rumah tangga yang bakal anda gunakan seumur hidup anda! |
2. DUDUK dan DENGAR sahaja TIADA assignment. TIADA kertas kerja. Dan TIADA UJIAN yang anda perlu jawab sewaktu kursus kahwin nanti. |
3. Anda boleh BERTANYA DIRECT kepada ustaz atau ustazah penceramah Berbanding dengan kursus kahwin secara online, dalam kursus kahwin besemuka ini, anda boleh BERTANYA DIRECT kepada ustaz atau ustazah penceramah kalau anda ada apa-apa kemusykilan, masalah atau pertanyaan. Kemukakan sebarang kemusykilan, masalah atau pertanyaan yang anda ada. Insya-Allah ustaz atau ustazah penceramah akan membantu anda sehingga anda faham (seperti dalam gambar di bawah) |
4. Ada 3 kali makan-makan disediakan untuk anda 2 kali makan-makan pada hari pertama kursus (sarapan dan makan tengahari). Dan 1 kali pada jam 10.30 pada hari kedua kursus. |
5. Hari hujung minggu Penganjuran pada hari hujung minggu bagi memastikan waktu kerja kebanyakan dari anda tidak terganggu. |
6. Sijil Kursus Kahwin Yang TIADA TARIKH LUPUT Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini TAK EXPIRED (TIADA TARIKH LUPUT) |
7. Sijil SAH LAKU UNTUK SEUMUR HIDUP Untung betul peserta kursus kahwin ni. |
8. Sijil kursus kahwin ni boleh digunakan DI SELURUH MALAYSIA Anda gunakan sijil kursus kahwin ini di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau pejabat Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia – tiada masalah. |
9. MASIH BELUM ADA UJIAN Ujian lisan atau ujian bertulis sewaktu kursus kahwin masih BELUM diwajibkan. |
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE: mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
Kat Mana Kursus Kahwin Ini Dianjurkan?
1. Di Danau Kota
2. Di Batu Caves (nama dulu, kursus kahwin Manjalara)
1. “Kursus Kahwin Danau Kota”
Pada waktu ini, penganjuran kursus kahwin ini bertempat di Dewan Kursus Kahwin Danau Kota.
Penganjuran kursus kahwin di sini adalah sejak dari bulan Jun 2013 dan telah memberi peluang kepada ribuan pasangan atau bakal pengantin sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin setiap tahun.
Berikut adalah maklumat penganjuran kursus di Kursus Kahwin Danau Kota.
Dewan Kursus Kahwin Danau Kota
1.Jaraknya hanyalah 5 minit sahaja dari Shopping Kompleks Setapak Sentral (dulu shopping kompleks Festival City).
2. Betul-betul di tapak UPTOWN Danau Kota.
3. Ianya bersebelahan SHELL dan PETRONAS Danau Kota.
4. Bersebelahan bangunan kedai BUBBLEBEE DANAU KOTA.
5. Ada open parking yang luas di sekeliling bangunan dewan kursus kahwin Danau Kota.
6. Dewan di tingkat 1 bangunan Medan Selera Danau Kota.
7. Mudah dicari menggunakan WAZE atau GOOGLE MAPS dengan menaip “KURSUS KAHWIN DANAU KOTA”. Insya-Allah senang jumpa.
Alamat penuh:
Kursus Kahwin Danau Kota
Tingkat 1, Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah 3A/6
53300 Kuala Lumpur
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE: mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
2. “Kursus Kahwin Batu Caves” (nama dulu, Manjalara)
Untuk dewan yang lebih luas, lebih selesa, berhawa dingin dan ada “kemudahan ATM”, Kursus Kahwin Manjalara telah menukar lokasi penganjuran kursus kahwin ke Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda (berhampiran dengan Gombak).
Kursus kahwin kami ini amat sesuai bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor terutama jika anda berada di kawasan Batu Caves, Selayang, Taman Sri Gombak, Taman Melati, Taman Gombak Setia, Gombak, Greenwood, Sentul, Setapak tak kira Kuala Lumpur atau Selangor kerana JAIS (Selangor) pun terima sijil kursus kahwin JAWI.
Di luar berdekatan dengan kawasan masjid, ianya dekat sahaja dengan Giant Batu Caves, stesen minyak, dan banyak kedai makan di sekelilingnya.
Manakala di tepi pagar masjid ada restoran atau Bistro Ramly Burger dan mesin ATM.
NOTA PENTING:
Kursus kahwin ini berlangsung dalam dewan ceramah yang berasingan dari dewan solat. Jadi, tiada masalah bagi peserta perempuan untuk hadir berkursus di sini walaupun berada dalam keadaan uzur (dalam haid).
Cukup mudah anda nak jumpa kalau menggunakan GOOGLE MAPS atau WAZE dengan menaip “Masjid Saidina Hamzah”.
Alamat penuhnya:
Kursus Kahwin Batu Caves, Dewan Ceramah Masjid Saidina Hamzah
Jalan 6/12C, Kampung Batu Muda
51100 Kuala Lumpur
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE: mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
Bila Tarikh Kursus Kahwin Yang Available?
Penganjuran kursus kahwin di Danau Kota dan Manjalara berlangsung pada setiap hari Sabtu & Ahad, setiap minggu sepanjang tahun.
Untuk melihat TARIKH KURSUS KAHWIN dan jumlah SEAT yang AVAILABLE, anda hanya perlu klik salah satu dari butang Kursus Kahwin Danau Kota atau Kursus Kahwin Batu Caves untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE.
Bilakah Waktu Atau Masa Kursus Kahwin?
Sabtu & Ahad (1 hari setengah sahaja):
Sabtu (Hari 1) + 8 pagi: ambil file, buku dan sarapan + 8.50 – 9 pagi: taklimat + 9 pagi – 6.30 petang: kursus berlangsung + 6.30 petang: para peserta bersurai (ada break antara topik, waktu rehat dan makan 1-2 tengahari dan waktu solat Asar) |
Ahad (Hari 2) + 8.30 pagi – 2.30 petang + 2.30 petang: kursus TAMAT (ada break antara topik, waktu rehat dan makan 10.30 pagi) |
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE: mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
Berapa Yurannya Tu?
Yuran kursus kahwin bersemuka telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.
Yuran ini SUDAH TERMASUK 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan pengurusan penganjuran kursus kahwin (kecuali jika nak pos/courier sijil kursus kahwin ke mana-mana alamat seluruh Malaysia).
Tiada lain-lain caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.
Jadi, Bagaimana Nak Daftar Kursus Kahwin Kat Sini?
MUntuk dapatkan details atau nak daftar, anda boleh bertanya atau daftar DIRECT dengan HOTLINE bila-bila masa.
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE, mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
Apa Kata Bakal Pengantin Dan Pasangan Yang Telah Sertai Kursus Kahwin Bersama Kami?
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE, mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
Jadi, Jangan Tunggu Lama-lama!
Kursus perkahwinan kami di sini TERBUKA kepada sesiapa sahaja tak kira sama ada:
- Anda yang URGENT nak dapatkan sijil kursus kahwin kerana anda sedang planning nak kahwin atau anda sudah ada tarikh akad nikah.
2. Anda yang MASIH SOLO, MASIH SINGLE, yang BELUM ada pasangan. Dan BELUM ada tarikh nikah. Anda boleh masuk kursus kahwin. No problem.
3. Atau anda yang nak tambah ilmu rumahtangga awal-awal termasuk ada SIJIL KURSUS KAHWIN awal-awal. Maklumlah, sijil kursus kahwin kan tiada tarikh luput.
Dengan adanya sijil kursus kahwin di tangan anda awal-awal – urusan permohonan kebenaran nikah anda dari PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri akan lebih cepat
“Ramai bakal pengantin dan pasangan yang sudah ada sijil kursus kahwin di tangan.
Anda dan pasangan – bila lagi?“
Jom daftar!
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE: mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
FAQ
Q1. Kalau saya join kursus kahwin di sini (Danau Kota atau Manjalara), bila saya akan dapat sijil kursus kahwin? A1. Setelah tamat kursus kahwin, JAWI akan keluarkan sijil kursus kahwin selepas 3 hari bekerja (biasanya tengahari Rabu kalau tiada apa-apa halangan). Admin dan Team Support www.kursuskahwin.com.my akan maklumkan kepada setiap peserta apabila sijil telah siap berada di ofis kami. |
Q2. Macam mana saya nak ambil kalau sijil kursus kahwin saya dah siap nanti? A2. Apabila sijil kursus kahwin telah dikeluarkan oleh JAWI dan selepas ianya dimaklumkan kepada para peserta, anda boleh: a. Datang ambil sendiri. Atau b. Boleh hantar wakil tolong ambilkan. Atau c. Gunakan khidmat pos/courier yang pihak Admin sediakan (sesuai jika anda tinggal jauh atau sibuk) Nota 1 – bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar). Nota 2 – proses pengambilan sijil juga akan dimakumkan dalam taklimat sewaktu kursus kahwin berlangsung. Nota 3 – Ofis kami dibuka 5 hari seminggu: a. Selasa, Rabu dan Khamis (dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang) b. Sabtu dan Ahad (Sabtu: 10 pagi – 5 petang. Ahad: 10 pagi – 1 tengahari) c. Jumaat, Isnin dan hari cuti umum – ofis kami tidak beroperasi. Perkara pengambilan sijil kursus kahwin ini akan diterangkan sewaktu kursus kahwin nanti. |
Q3. Adakah kursus kahwin ini di iktiraf? A3. Mengikut undang-undang, setiap penganjur kursus pra perkahwinan di W.Persekutuan MESTI ada permit penganjuran. Tanpa permit, ianya bersalahan dengan undang-undang dan pihak JAWI tidak akan keluarkan sijil kursus kahwin kepada penganjur yang tidak iktiraf. Untuk kursus kahwin Danau Kota dan kursus kahwin Manjalara – permit dan nombor syarikat dipaparkan di bahagian paling bawah (kanan) laman web www.kursuskahwin.com.my. Anda boleh rujuk nama syarikat penganjur ini pada laman web JAWI untuk pengesahan. |
Q4. Apa yang saya perlu bawa dan pakai sewaktu hadir ke kursus kahwin nanti? A4.1 Sewaktu hadir ke kursus kahwin nanti, anda cuma perlu bawa: a.Print out proof of payment atau gambar resit pembayaran b. Satu salinan IC (depan/belakang) c. Face mask d. Borang kursus kahwin (akan diberikan oleh Admin melalui e-mail). e. Apps MySejahtera NOTA PENTING – peserta yang tidak sihat, demam, batuk atau ada tanda-tanda (gejala) yang meragukan tidak akan dibenarkan masuk atau sertai kursus kahwin. A4.2 Pakaian pula: a. Peserta lelaki – kasual dan sopan. Dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai, pakai jeans lusuh atau jeans koyak. b. Peserta perempuan – sopan dan tutup aurat. Wajib bertudung. Paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah. Dilarang pakai seluar dan pakaian ketat. |
Untuk pertanyaan, daftar atau ketahui TARIKH KURSUS dan SEAT YANG AVAILABLE: mohon anda klik salah satu butang ini untuk WHATSAPP DIRECT KE HOTLINE
Hotline Danau Kota: 013 4133343
Hotline Batu Caves: 019 6457797
Permit penganjuran JAWI:
Danau Kota – MYD Solution (001829252-W)
Batu Caves – Siarra Ventures (SA0295249-H)
Copyrights © www.KursusKahwin.com.my 2017. All rights reserved.