Secara ringkasnya, kursus kahwin KL menyediakan khidmat kursus pra perkahwinan pada setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu – tanpa henti sepanjang tahun.

Sepanjang tahun juga, kalau ada minggu yang tidak beroperasi pun hanyalah pada minggu yang jatuh pada cuti Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji sahaja.

Selain itu, berbanding dengan penganjuran di negei-negeri lain, kursus kahwin KL juga ada menganjurkan kursus kahwin hari bekerja iaitu pada hari Rabu dan Khamis.

Meskipun begitu, tidak semua pusat kursus kahwin Kuala Lumpur menganjurkan kursus kahwin hari Rabu dan Khamis.

Pada masa ini, terdapat beberapa pusat kursus sahaja yang menyediakan khidmat kursus kahwin hari bekerja – contohnya di Kursus Kahwin Danau Kota.

Bagaimana pun, pada waktu PKPP ini, kursus kahwin hari bekerja ini ditangguhkan buat sementara sehingga 31 Disember 2020.

Kursus perkahwinan hari biasa ini tiada bezanya berbanding dengan kursus pada hari Sabtu dan Ahad.

Masa, aturcara, jumlah jam, jumlah modul atau topik tetap sama yang mana pasangan atau bakal pengantin perlu tamatkan atau hadir mengikuti 10 modul atau topik yang berlangsung selama 6 jam (pada waktu PKPP).

Setelah selesai 10 modul atau 6 jam ini, barulah para peserta layak untuk mendapat sijil kursus kahwin.

Nota – bagi para peserta yang tak cukup jumlah modul atau jumlah jam, mereka dibenarkan untuk menggantikannya pada minggu hadapan atau minggu seterusnya.

Bagaimanapun, penangguhan modul kerana ada hal kecemasan perlulah dimaklumkan kepada petugas pusat kursus kahwin secepat mungkin.

Pembelajaran semua topik-topik penting ini – sepeti proses memohon kelulusan berkahwin, dokumen-dokumen penting yang perlu ada, sistem permohonan online – akan masa cuma memakan masa 1 hari sahaja.

Di bawah saya paparkan tarikh kursus kahwin KL sepanjang tahun 2020 yang akan memudahkan anda dan pasangan buat perancangan lebih awal.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan, anda boleh rujuk page Soal Jawab (Q & A) yang saya telah sediakan.

Dan sekiranya anda mempunyai lain-lain pertanyaan atau kemusykilan – anda juga boleh Whatsapp saya bila-bila masa di Hotline, 019 3300961.

Bertanya boleh. Nak buat booking pun boleh.

Saya akan bantu anda.

Admin
Profile
Shares