Tarikh Kursus Kahwin Waktu Hari Bekerja Di Kursus Kahwin Gombak Untuk Bulan Ogos, September Dan Oktober 2016

 
kursus kahwin Gombak

Buat pengetahuan anda, setiap hari, kakitangan Kursus Kahwin Gombak menerima banyak pertanyaan dan permintaan dari muda-mudi yang ingin mengikuti kursus kahwin pada waktu hari bekerja.

Sebelum ini, penganjuran kursus perkahwinan di sini hanyalah dibuat pada hari hujung minggu atau pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Tetapi memandangkan ramai muda-mudi yang nak melangsungkan perkahwinan atau nak ikuti kursus kahwin dan mereka tidak dapat hadir pada hari hujung minggu – pihak Kursus Kahwin Jalan Gombak telah meminta kebenaran JAWI untuk menyediakan KURSUS KAHWIN WAKTU HARI BEKERJA.

Ini adalah usaha pihak penganjur untuk membantu ramai muda-mudi memandangkan muda-mudi ini terpaksa berkerja pada hari hujung minggu atau sangat URGENT nak melangsungkan perkahwinan.

Alhamdullillah, dengan kebenaran JAWI, pihak penganjur telah mendapat kebenaran penganjuran KURSUS KAHWIN HARI BEKERJA atau KURSUS KAHWIN HARI BIASA ini, 2 KALI SEBULAN – PADA RABU DAN KHAMIS MINGGU KEDUA DAN MINGGU KETIGA SETIAP BULAN.

Untuk memudahkan anda, saya berikan tarikh tepat penganjurannya.


 
TARIKH PENGANJURAN KURSUS KAHWIN HARI BEKERJA

OGOS 2016

+ 17-18 Ogos 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

SEPTEMBER 2016

+ 14-15 September 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 21-22 September 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

OKTOBER 2016

+ 12-13 Oktober 2016 (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

+ 19-20 Oktober (Rabu & Khamis) – BOOKING MASIH DIBUKA

 

DI MANA LOKASI KURSUS KAHWIN JALAN GOMBAK INI?

 
kursus kahwin hari bekerjaSebenar mudah sahaja jika anda nak ke Kursus Kahwin Jalan Gombak ni.
 
 
Jika anda datang dari Setapak:

Anda akan lalu di depan SHOPPING KOMPLEKS SETAPAK SENTRAL (dulu, namamya KL Festival City).

Anda jalan terus melalui 2 traffic light dan anda akan nampak STESEN MINYAK BHP di sebelah kiri anda. Anda juga akan nampak bangunan Medan Idaman yang berwarna kuning.

Belok kiri melalui stesen minyak BHP dan masuk ke Jalan Jernai 2.

Anda jalan terus ke hadapan sehingga ke hujung jalan di mana anda akan jumpa Restoran Heavan’s Park di sebelah kiri dan ManjaKu di sebelah kanan anda.

Di situ anda akan nampak signage Kursus Kahwin Gombak yang terletak di atas Klinik Rosanah.

 

Manakala jika anda datang dari Balai Polis Gombak:

Selepas Balai Polis Gombak, anda akan sampai ke traffic light yang mana anda akan nampak satu bangunan kuning.

Di traffic light itu, belok kiri dan anda akan nampak Pasaraya Ong Tai Kim di bangunan Kompleks Idaman di sebelah kanan anda.

kursus kahwin hari biasaKursus kahwin Gombak terletak betul-betul di belakang Pasaraya Ong Tai Kim.

 

NOTA:

Jika anda tidak pasti atau ragu-ragu, anda boleh terus hubungi atau Whatsapp Admin Kursus Kahwin Gombak di 019 6457797.

 
 

MAKLUMAT PENTING KURSUS KAHWIN GOMBAK

 
+ Kursus kahwin di sini mudah sahaja. Anda cuma perlu DUDUK dan DENGAR sahaja

+ Ianya TIDAK LAMA – 1 HARI SETENGAH SAHAJA. Kursus akan tamat pada pukul 1.30 tengahari Ahad nanti

+ SIJIL KURSUS KAHWIN yang TIADA TARIKH LUPUT

+ SIJIL KURSUS KAHWIN yang BOLEH DIGUNAKAN DI MANA-MANA NEGERI DI MALAYSIA

+ Ada TIGA KALI MAKAN-MAKAN di sediakan

+ MASIH BELUM ADA UJIAN. Walaupun ujian telah dinyatakan oleh Menteri tidak lama dahulu, UJIAN MASIH BELUM DILAKSANAKAN. Buat masa ini ramai muda-mudi yang telah ambil kesempatan ikuti kursus kahwin ini sewaktu ujian masih belum diwajibkan
 
kursus kahwin waktu hari bekerja
 
 
Untuk lain-lain maklumat penting tentang Kursus Kahwin Gombak ini, anda juga boleh merujuk laman web rasmi mereka di www.KursusKahwinGombak.com
 
 
 
 
 
 

Ramai yang SUDAH. Anda BILA LAGI?

😀
 
 
 
 

Shares