PERHATIAN!

“Oleh sebab PKP di KL berkuatkuasa sehingga 4 Mac 2021 – KURSUS KAHWIN ONLINE disediakan untuk anda sepanjang tempoh PKP”

Kursus kahwin online ini TERBUKA kepada muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dari seluruh Malaysia .

kursus kahwin online

Untuk layak dapat sijil kursus kahwin, anda hanya perlu berada di depan handphone atau laptop anda sahaja serta ikut beberapa peraturan simple – walaupun anda berada di mana-mana tempat di Malaysia.

Yuran kursus kahwin ini hanyalah RM60 untuk setiap peserta dengan sijil yang tiada expiry date dan sah laku seluruh Malaysia.


(NOTA PENTING: Bagi anda yang tinggal di Sabah, Terengganu dan Kedah dan nak mohon kebenaran nikah juga di Sabah, di Terengganu atau di Kedah – mohon anda check terlebih dahulu dengan Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di kariah masijd anda sama ada sijil kursus kahwin JAWI ini diterima atau tidak.)

Saudara dan saudari,

Sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH dari JAWI untuk kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya).

Setiap tahun, kami telah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.

  • Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin – supaya mereka dapat lengkapkan dokumen wajib permohonan kebenaran nikah mereka.
  • Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kebenaran nikah.

Pada masa kini – sewaktu negara kita dilanda pandemik atau wabak Covid-19 – kami, dengan kebenaran JAWI, kami terus berkhidmat membantu pasangan dan bakal pengantin yang terkesan dengan penguatkuasaan PKPB / PKPD di seluruh Malaysia.

Kini, untuk melayakkan anda memperolehi sijil kursus kahwin – yang menjadi salah salah satu dokumen wajib pemohonan kebenaran nikah anda – anda hanya perlu:

  1. Berada di depan gajet anda – handphone, atau tablet, atau PC, atau pun laptop – yang ada camera selama 5 jam 15 sahaja.
  2. Habiskan “ceramah live” sebanyak 10 topik (modul).

Insya-Allah, mudah.


Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?

Buat pengetahuan anda:

  1. Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.

2. Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.

3. Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysia – tidak kira di mana-mana negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.

4. Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.

sijil kursus kahwin

Pilih tarikh dengan klik salah satu button ini dan daftar (lokasi tak penting kerana kursus dianjurkan secara online sahaja)


Waktu Atau Masa Kursus Kahwin Online?

Sabtu atau Ahad (sehari sahaja):

  • 8.30 – 9.00 pagi – dapatkan arahan dan link dalam Whatsapp Group Peserta untuk join kursus kahwin online melalui “MICROSOFT TEAMS”. Check audio dan visual. Serta dengar sedikit penerangan dari Admin. 
  • 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 3.00 petang (ada break)
  • 3.00 petang – 3.15 petang – jawab soalan kefahaman
  • 3.15 petang – kursus kahwin online tamat

Bila Tarikh Kursus Kahwin Online Yang Available?

Pada waktu PKPB / PKPD , kursus kahwin hanya dibenarkan dianjurkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu.

Setiap 1 sesi live kursus kahwin hanyalah 1 hari sahaja (kursus kahwin online tamat selepas 5 jam 15 minit sahaja)

Ini bermakna, kursus kahwin ini ada 2 sesi sahaja setiap minggu.

Untuk tarikh tepat dan jumlah seat yang masih available, anda boleh lihat selepas anda klik salah satu dari 3 button (butang merah) pada laman web ini.

daftar kursus kahwin
kursus kahwin jawi

Berapa Yuran Tu?

Pada waktu PKPP, yuran kursus kahwin online yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM60 untuk setiap peserta.
Ianya sudah ‘all in’ – sudah termasuk proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain yang berkaitan.

Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.

Pilih tarikh dengan klik salah satu button ini dan daftar (lokasi tak penting kerana kursus dianjurkan secara online sahaja)


Bila Tamat Kursus Kahwin Online, Bilakah Saya Boleh Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

Setelah anda sertai kursus kahwin online, sijil akan dikeluarkan oelh JAWI selepas 3 hari bekerja.

Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui  Whatsapp Group Peserta

kursus kahwin

Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

Setelah sijil kursus kahwin anda siap dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:

1.  Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima makluman dari kami (dalam Whatsapp Group Peserta).Ofis kami dibuka 5 hari seminggu dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang (Isnin dan Jumaat – ofis cuti). Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

Sebelum datang, mohon tunggu makluman dalam Whatsapp Group Peserta terlebih dahulu.

Kalau nak datang ambil sendiri, anda boleh ke ofis kami di Danau Kota:

Pusat Kursus Kahwin Danau Kota
33-1 Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur

(Di sebelah Shell dan Petronas Danau Kota)

Kalau guna Waze atau Google Maps, anda boleh cari dengan menaip “kursus kahwin Danau Kota”.

Atau,


2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda.  Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

Ataupun,


3. Anda boleh gunakan khidmat courier kami (J&T Express). Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.


Nota:
Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin online nanti.

kursus perkahwinan

Pilih tarikh dengan klik salah satu button ini dan daftar (lokasi tak penting kerana kursus dianjurkan secara online sahaja)


Apa Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Sertai Kursus Kahwin Online Ini?


1. Kalau anda menggunakan smartphone atau handphone yang ada camera (kerana anda mesti nampakkan wajah atau muka anda sepanjang waktu kursus) – DOWNLOAD apps “MICROSOFT TEAMS” supaya anda dapat join sesi kursus kahwin nanti (link tutorial akan diberikan dalam Whatsapp Group Peserta). 
Kami akan berikan link. Anda klik dan join sahaja.

2. Kalau anda menggunakan laptop atau PC yang ada camera – anda boleh join kursus kahwin online ini dengan download atau TANPA download apps Microsoft Teams ini (sebaiknya gunakan browser sahaja tanpa perlu download web apps).

3. Lain-lain maklumat penting sebagai persediaan anda sebelum tibanya hari kursus kahwin online akan diberikan dalam Whatsapp Group Peserta.

kursus kahwin online

Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Online Kat Sini?

Anda boleh buat macam ni:

1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta.

1. Klik salah satu dari 3 button (butang merah) pada laman web ini. Selepas tu buat pilihan tarikh kursus kahwin dan tetapkan jumlah seat yang anda perlukan.

2. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN – nama, email, handphone dan IC anda.

3. Masukkan BUTIRAN PESERTA – kalau sama dengan butiran pelanggan, tick sahaja. Kalau berlainan, isi butiran peserta.

4. PADA BUTIRAN PEMBAYARAN – buat bayaran melalui bank transfer (sama ada perbankan internet atau mesin deposit tunai.

Sewaktu anda lakukan transaksi dari bank account anda, mohon anda letakkan reference sewaktu nak transfer online:

a. RECIPIENT REFERENCE: masukkan TARIKH KURSUS ANDA 
b. Dan OTHER PAYMENT DETAILS / PAYMENT DETAILS : masukkan NAMA PESERTA

5. Mohon anda isi ruang maklumat transaksi dan sertakan “resit bank transfer atau proof of payment”.

6. Di ruang PENGESAHAN, tick akuan dan klik “hantar”.

7. Setelah pengesahan dibuat, kami akan masukkan nombor telefon anda ke dalam Whatsapp Group Peserta (ikut tarikh kursus) yang kami telah sediakan. Ianya untuk sampaikan arahan, makluman dan persediaan sebelum hari kursus kahwin online seperti ATURCARA, PERATURAN dan CARA DOWNLOAD apps Microsoft Teams.

8. Untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan Admin, mohon anda gunakan “nombor invois”. 

Pilih tarikh dengan klik salah satu button ini dan daftar (lokasi tak penting kerana kursus dianjurkan secara online sahaja)


Soalan Lazim


Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini tanpa pasangan?

A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.

A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin online ini dan mendapat sijil kursus kahwin?

A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin. 


Apa Kata Peserta-Peserta Kami?

kursus kahwin kuala lumpur

kursus kahwin selangor

kursus kahwin manjalara
kursus kahwin danau kota

Ramai muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin telah terima sijil kursus kahwin di tangan. Anda dan pasangan – bila lagi?

prosedur perkahwinan

Pilih tarikh dengan klik salah satu button ini dan daftar (lokasi tak penting kerana kursus dianjurkan secara online sahaja)


Payment gateway dan payment processing oleh:

AFA Training Sdn Bhd (1157094-V ) dan AFA Bizventures PLT (LLP0008397-LGN)

Copyrights © www.KursusKahwin.com.my 2017. All rights reserved.

Permit Penganjuran JAWI:

Danau Kota – MYD Solution 200903030813 (001829252-W)

Manjalara – Siarra Ventures (SA0295249-H)

Shares