Untuk layak dapat sijil kursus kahwin
1. Anda perlu hadir tepat pada masa dan mengikuti hanya 10 topik atau modul yang telah disediakan.
2. Pada setiap topik atau modul, ianya akan ditandatangan oleh penceramah dan anda.
3. Anda cuma perlu duduk dan dengar sahaja – TANPA ada sebarang ujian lisan atau ujian bertulis.
Cara berpakaian bila hadir ke kursus kahwin
Peserta lelaki – smart kasual, sopan dan pastikan pakai baju berkolar. Elakkan pakai gelang, rantai, subang atau cap. Elakkan juga pakai seluar jeans lusuh dan koyak.
Peserta perempuan – sopan dan tutup aurat. Elakkan pakai pakaian ketat atau seluar. Paling bagus berbaju kurung atau berjubah.
Apa yang perlu dibawa sewaktu hadir ke kursus kahwin nanti?
Bila hadir ke kursus kahwin nanti, anda perlu bawa atau sediakan hanya tiga (3) perkara ini sahaja:
- Bukti pembayaran yuran (proof of payment) – print out atau gambar.
- Kad pengenalan
- Satu salinan kad pengenalan
Untuk melihat tarikh kursus kahwin terkini yang available, masa, yuran dan lain-lain maklumat penting, mohon anda ke page ini, www.kursuskahwin.net (kursus kahwin Danau Kota).
Nak call atau WhatsApp Hotline kami pun boleh di 013 4133343 (link WhatsApp, https://kursuskahwindanaukota.wasap.my)