Soal Jawab (Q & A)

Berikut adalah soalan-soalan lazim tentang kursus kahwin yang saya terima setiap hari.

Q. Kursus kahwin ni ada ujian, tak?
A. Pada masa ini, kursus kahwin di sini tiada ujian lisan ataupun ujian bertulis. Anda cuma perlu hadir – duduk dan dengar sahaja.

Q. Sijil kursus kahwin JAWI ni ada expiry date, tak?
A. Tiada. Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ni TIADA expiry date atau TIADA tarikh luput. Ianya sah untuk seumur hidup.

Q. Sijil kursus kahwin JAWI ni boleh ke digunakan kat negeri-negeri lain?
A. Ya. Sijil kursus kahwin ini boleh digunakan untuk sebarang urusan memohon kebenaran nikah di mana-mana negeri dan di mana-mana PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia.

Q. Bila sijil kursus kahwin kat sini siap?
A. Selepas anda tamat sertai kursus kahwin di sini, sijil kursus kahwin akan siap dalam masa 3 hari bekerja. Kami akan maklumkan apabila ianya siap melalui Whatsapp.

Q. Macam mana ye kalau saya tak sempat nak datang ambil sijil sebab sibuk atau tinggal jauh atau berada kat negeri lain?
A. Apabila sijil kursus kahwin siap, anda boleh:

a. Datang ambil sendiri.

Atau

b. Anda boleh gunakan wakil.

Atau

c. Anda boleh minta penganjur hantar kepada anda menggunakan courier – PosLaju atau J&T Express.

Perkara ini akan dimaklumkan pada hari anda hadir ke kursus kahwin nanti.

Q. Bila ye waktu kursus kahwin ni?
A. Waktunya sebegini:

Sabtu atau Ahad (sehari sahaja):

a. 8.00 – 8.50 pagi – check ini menggunakan apps MySejahtera, check suhu, ambil file dan buku serta sarapan (sarapan disediakan).

b. 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 4.00 petang (makan tengahari disediakan)

c. 4.00 petang – kursus kahwin tamat.

Q. Nak bawa apa ye bila hadir ke kursus kahwin?
A. Terdapat 5 perkara yang anda kena sedaikan sebelum anda hadir ke kursus perkahwinan ini.

Mohon anda ke page “Peraturan” untuk melihat details beberapa perkara sebelum anda hadir ke kursus kahwin nanti.

Q. Kalau saya masih solo, boleh ke saya masuk kursus kahwin?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang telah hadir sertai kursus kahwin kami walaupun mereka masih solo. Mereka telah dapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

Q. Boleh ke saya hadir ke kursus kahwin tanpa bawa pasangan?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin kami walaupun hadir tanpa pasangan.

Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin.

Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin?
A. Mereka perlu membawa MyPR, MyKAS atau passport serta 1 salinannya.

Q. Bilakah tarikh terkini penganjuran kursus kahwin KL ini?
A. Untuk melihat tarikh-tarikh terkini yang available atau jumlah seat yang avaialable, anda boleh lihat list tarikh di bawah:

Nota:

Untuk melihat lebih details tentang kursus kahwin, mohon anda ke page ini, www.kursuskahwin.com.my

Shares