Setiap hari, saya dan team KursusKahwin.com.my dihujani banyak pertanyaan tentang kursus kahwin.

Maklumlah, masih ramai muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin yang rasa blur, confuse, salah faham atau hanya dengar-dengar cakap orang tentang kursus perkahwinan.

Kursus kahwin sebenarnya mudah sahaja. Tak complicated.

Untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat, saya dan team Kursuskahwin.com.my menjemput sesiapa sahaja untuk bertanyakan sebarang kemusykilan bila-bila masa sahaja di Facebook fanpage, Instagram atau Hotline kami, 019 3300961.

Untuk memudahkan anda, saya dan team Kursuskahwin.com.my telah sediakan soal-jawab atau FAQ untuk anda.

Hampir kesemua soal-jawab adalah berkaitan tentang 16 soalan-soalan ini:

Q1. Bolehkah saya masuk kursus kahwin kalau masih bujang atau belum ada pasangan?

A1. Boleh. Untuk masuk kursus, anda tak perlu hadir bersama pasangan atau perlu ada tarikh nikah.

Ramai muda-mudi yang masih solo atau bujang telah masuk kursus untuk membuat persediaan awal-awal sebelum mereka ada pasangan atau tarikh nikah.

Q2. Kursus tu lama tak?

A2. Ianya tak lama. 1 hari setengah sahaja.

Kursus akan tamat pada pukul 2 petang pada hari kedua.

Jadi, anda boleh gunakan masa selepas kursus untuk selesaikan perkara-perkara lain pula.

Q3. Pukul berapa kursus mula dan masanya?

A3. Masa atau aturcara kursus:

Hari pertama (Sabtu atau Rabu)

a. 8-9 pagi – isi borang, ambil file dan buku. Sarapan disediakan untuk anda.

b. 9 pagi – kursus bermula sehingga 7 petang. Ada break antara modul. Lunch disediakan untuk anda.

Hari kedua

a. Kursus bermula 8.30 pagi. Ada break antara modul. Makan pagi disediakan untuk anda pukul 10 pagi.

b. Kursus tamat pada pukul 2 petang.

Q4. Ujian dah start ke?

A4. Walaupun sudah beberapa kali dinyatakan oleh Menteri, ujian bertulis atau ujian lisan sewaktu kursus pra perkahwinan masih belum dilaksanakan.

Oleh itu, kursus dianjurkan tanpa sebarang ujian. Anda hanya perlu duduk dan dengar sahaja.

Cerita-cerita orang tentang para peserta kena Qiamullai atau kena tidur masjid sewaktu menjalani kursus adalah cerita yang tidak tepat.

Walau bagaimanapun, sudah ada negeri-negeri yang sudah mula menjalankan ujian sewaktu kursus pra perkahwinan.

Kini, setiap minggu, ramai muda-mudi atau pasangan yang telah ambil kesempatan sertai kursus perkahwinan ini sewaktu ujian masih belum diwajibkan.

Q5. Sijil kursus kahwin ini diiktiraf ke?

A5. Ya. Kursus pra perkahwinan ini dianjurkan mengikut modul JAKIM dan ianya dikeluarkan oleh JAWI.

Ianya mempunyai serial number, hologram dan berdaftar dalam sistem SPPIM JAWI.

Q6. Boleh ke saya pakai sijil kursus kahwin ini untuk kahwin di negeri-negeri lain selain Kuala Lumpur?

A6. Ya. Boleh.

Sijil ini SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana negeri atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia.

Q7. Sijil ni ada tarikh luput ke?

A7. Sijil ini TIADA tarikh luput.

Ianya SAH LAKU SEUMUR HIDUP.

Q8. Berapa yuran kursus kahwin sekarang?

A8. Yuran kursus perkahwinan yang ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.

Ianya dah ‘all in’ – sudah termasuk 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, sijil kursus kahwin, kelengkapan ceramah yang perlu serta 7 orang tenaga pengajar yang bertauliah.

Ianya juga termasuk apa-apa bantuan atau perkhidmatan yang diperlukan dari pusat kursus kahwin selepas kursus tamat.

Kecuali kalau sijil hilang.

Ini kerana ada caj oleh JAWI untuk menggantikan sijil yang rosak atau hilang – RM10.

Juga kecuali khidmat courier.

Ini kerana pusat kursus akan bantu anda untuk courierkan sijil atau sijil-sijil ke mana-mana alamat yang diminta oleh anda di seluruh Malaysia.

Q9. Bila nak kena bayar yuran?

A9. Yuran boleh dijelaskan pada hari anda hadir ke kursus kahwin nanti.

Selain menjelaskan yuran secara tunai di kaunter, anda juga boleh menggunakan khidmat transfer yuran online atau transfer yuran melalui QR Pay Maybank di kaunter.

Q10. Boleh ke saya masuk kursus kahwin KL kalau saya datang dari negeri-negeri lain?

A10. Boleh.

Ramai muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin yang datang dari negeri-negeri luar Kuala Lumpur – seperti Kelantan, Trengganu, Pahang, Perak, Johor, Sabah & Sarawak – masuk kursus kahwin di Kursus Kahwin Danau Kota.

Terutama bagi kursus kahwin hari bekerja – kursus hari Rabu dan Khamis – yang tidak disediakan di negeri-negeri lain selain Kuala Lumpur.

Q11. Nak pakai macam mana bila hadir kursus?

A11. Apabila hadir ke kursus perkahwinan, anda perlu berpakaian sebegini:

a. Perserta lelaki

Smart kasual, sopan dan pakai baju berkolar.

Dilarang memakai rantai, gelang, subang, cap, berpakaian lusuh atau koyak.

b. Peserta perempuan

Sopan dan tutup aurat.

Dilarang pakai pakaian ketat, singkat atau berseluar.

Paling bagus sekiranya pakai baju kurung atau jubah.

Q12. Selepas kursus kahwin tamat, bila saya akan dapat sijil kursus kahwin?

A12. Oleh kerana sijil kursus dikeluarkan oleh JAWI dan perlu dimasukkan ke dalam sistem SPPIM JAWI, sijil akan siap dan berada di pejabat pusat kursus dalam masa 2 hari setengah hari bekerja.

Kecuali sekiranya terdapat cuti umum yang jatuh pada hari bekerja.

Jika ada cuti umum, ianya akan dimaklumkan oleh kami kepada para peserta sewaktu kursus berlangsung.

Q13. Apa dokumen yang saya perlu bawa bila hadir kursus?

A13. Sewaktu anda hadir ke kursus, anda cuma perlu bawa:

a. 1 salinan IC anda.

b. Borang kursus kahwin.

Anda boleh download melalui Whatsapp yang akan dihantar apabila anda sudah membuat booking melalui Hotline kami.

Selain itu, anda boleh DOWNLOAD Borang Kursus Kahwin melalui link ini.

Download borang:

https://kursuskahwin.com.my/go/borangkursuskahwin.pdf

Q14. Boleh ke saya nak dapatkan sijil kursus kahwin tanpa masuk kursus?

A14. Tidak dibenarkan sama sekali.

Ini kerana ianya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

Di sepanjang kursus berlangsung, terdapat 10 modul yang akan dibincangkan atau dibentangkan oleh penceramah-perceramah.

Untuk layak mendapat mendapat sijil kursus, setiap peserta perlu hadir dan perlu mengikuti 10 modul-modul ini – dengan jangkamasa 13 jam.

Setiap modul perlu ditandangani oleh peserta dan juga penceramah setiap modul.

Dengan cukupnya tandatangan ini, barulah JAWI akan mengeluarkan sijil bagi setiap peserta yang layak.

Q15. Boleh ke kalau saya nak beli sijil kursus kahwin?

A15. Dilarang sama sekali.

Ianya menyalahi peraturan dan undang-undang.

Q16. Boleh ke warga asing nak masuk kursus?

A16. Warga asing yang ingin berkahwin di negara ini digalakkan menyertai kursus kahwin.

Dokumen yang perlu di bawa sewaktu hadir ke kursus kahwin adalah:

a. Passport

b. 1 salinan passport

c. Borang kursus kahwin.

Download borang:

https://kursuskahwin.com.my/go/borangkursuskahwin.pdf

Sekiranya anda mempunyai lain-lain pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh Whatsapp bila-bila masa di Hotline, 019 3300961.

Atau,

Anda boleh lihat tarikh terkini, jumlah seat “real time”, lokasi, waktu kursus dan pendaftaran secara online di www.kursuskahwin.com.my/daftar

Follow saya
Shares
%d bloggers like this: