Pilihan sama ada nak masuk kursus kahwin Selangor atau kursus kahwin KL ini menjadi dilema bagi ramai pasangan atau bakal pengantin.

Ianya terjadi terutama bagi pasangan atau bakal pengantin yang berada di kawasan sempadan Selangor dan Kuala Lumpur – seperti di Menjalara, Sri Damansara, Damansara Damai, Sungai Buloh, Damansara Perdana, Bandar Utama atau Taman Tun Dr Ismail.

Termasuk juga bagi pasangan atau bakal pengantin yang urgent nak sertai kursus dan dapatkan sijil kursus kahwin.

Terdapat banyak pro and cons antara kedua-duanya.

Untuk memudahkan anda membuat penilaian atau pilihan, saya telah sediakan maklumat penting untuk anda tentang kedua-duanya.

Anda boleh baca atau lihat satu persatu.

Selepas itu, tentukan mana satu yang lebih sesuai dengan masa , lokasi dan yang lebih memudahkan anda dan pasangan.

Jom.

Maklumat penting tentang Kursus Kahwin Selangor

1. Dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri.

2. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang KPP melalui yang boleh didownload melalui laman web JAIS, https://www.jais.gov.my/v2/page.php?s=kursus-pra-perkahwinan-bahagian-undangundang-keluarga-jais

3. Borang ini perlu dihantar kepada JAIS.

4. Pendaftaran kursus pra perkahwinan juga boleh dibuat secara online melalui laman web JAIS, https://ncr.jais.gov.my/index.php/dashboard/pengenalanPraPerkahwinan

5. Lokasi kursus kahwin Selangor:

kursus kahwin selangor

6. Borang juga perlu dihantar bersama yuran RM80 sebelum tibanya hari kursus kahwin.

7. Tarikh booking yang available boleh dilihat di laman web JAIS di atas (item nombor 2).

8. Waktu operasi:

a. Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 1.00 petang dan 2.00 petang – 5.00 petang

b. Jumaat : 8.00 pagi – 12.15 tengah hari dan 2.45 petang – 5.00 petang

9. Pendaftaran juga selewat-lewatnya:

SABTU jam 7.45 – 8.00 pagi dengan bawa resit pembayaran.

Peraturan JAIS – kelewatan hadir selepas 15 minit sesi ceramah bermula, sijil akan ditahan.

10. Kursus kahwin JAIS dianjurkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

11. Sijil boleh dikeluarkan kepada setiap peserta yang layak pada hari yang sama kursus pra perkahwinan tamat.

12. Sijil tiada tarikh luput.

13. Sijil sah laku seumur hidup.

14. Tempoh kursus – 2 hari.

15. Belum ada ujian bertulis atau ujian lisan sewaktu kursus berlangsung.

16. Sijil boleh digunakan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia.

17. Sebarang penangguhan hendaklah dimaklumkan 5 hari sebelum hari kursus perkahwinan.

Maklumat penting kursus kahwin Kuala Lumpur

  1. Kursus kahwin KL dianjurkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

2. Terdapat juga kursus kahwin yang dianjurkan pada hari bekerja iaitu pada setiap hari Rabu dan Khamis – contohnya di kursus kahwin Danau Kota.

Ianya dikhaskan bagi pasangan atau bakal pengantin yang sukar hadir kursus pada hari Sabtu dan Ahad – mungkin kerana mereka terpaksa bekerja, sibuk atau ada pengajian pada hari hujung minggu.

3. Di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), terdapat 32 pusat kursus kahwin yang dilantik dan diberi permit oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyediakan khidmat kursus pra perkahwinan kepada pasangan atau bakal pengantin.

4. Booking boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja melalui Whatsapp, call, email, Facebook messenger atau direct message Instagram – tanpa perlu hantar apa-apa borang.

5. Booking boleh dibuat tanpa perlu membayar deposit atau yuran terlebih dahulu.

6. Waktu operasi pusat kursus:

a. 7 hari seminggu

b. Dari 9.30 pagi hingga 5 petang.

c. Hari Ahad – pusat kursus ditutup pada pukul 2 petang.

7. Yuran boleh dijelaskan pada hari pasangan atau bakal pengantin hadir ke kursus perkahwinan nanti.

8. Penangguhan tarikh kursus boleh dibuat sehari sebelum tarikh hadir kursus.

9. Yuran yang ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.

Yuran kursus kahwin ini sudah all ini termasuk 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, file dan alatulis serta 7 orang perceramah yang bertauliah yang akan bantu para peserta yang ada sebarang masalah atau kemusykilan tentang topik yang dibincangkan.

Ianya juga termasuk apa-apa bantuan atau perkhidmatan yang diperlukan dari pusat kursus kahwin selepas kursus tamat seperti khidmat check rekod, proses gantian sijil rosak atau hilang.

10. Ada khidmat courier untuk menghantar sijil kursus kahwin ke mana-mana alamat yang diminta oleh peserta di seluruh Malaysia.

11. Peserta boleh membuat penangguhan mana-mana modul yang tidak dapat dihadiri kerana kes-kes kesihatan atau kecemasan.

12. Sijil kursus kahwin akan siap dan akan berikan kepada setiap peserta yang layak dalam masa 2 hari setengah setelah kursus kahwin tamat.

13. Sijil tiada tarikh luput.

14. Sijil sah laku seumur hidup.

15. Tempoh kursus – 1 hari setengah sahaja.

16. Belum ada ujian bertulis atau ujian lisan sewaktu kursus berlangsung.

17. Sijil boleh digunakan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia.

Apa yang penting ialah anda dan pasangan dapat mendengar dan memahami topik-topik atau modul kursus kahwin dengan berbagai-bagai contoh teladan realiti dalam alam rumah tangga.

Termasuklah proses memohon kebenaran berkahwin (prosedur perkahwinan) – seperti cara nak buat permohonan, dokumen-dokumen apa yang perlu anda sediakan dan sistem permohonan online apa yang anda perlu gunakan.

Baiklah, setelah kita berbincang tentang kursus kahwin Selangor dan kursus kahwin KL, apa pendapat anda?

Nota – sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh Whatsapp saya bila-bila masa di Hotline 019 3300961.

Selain itu, 16 soal-jawab (FAQ) tentang kursus kahwin juga telah disediakan untuk rujukan anda.

Manakala untuk lihat tarikh terkini, jumlah seat “real time”, lokasi, yuran , waktu kursus dan pendaftaran kursus kahwin secara online, mohon anda klik, www.kursuskahwin.com.my/daftar

Follow saya
Shares
%d bloggers like this: