Saya sedang menjawab beberapa masalah prosedur perkahwinan bakal pengantin (memohon kebenaran nikah) di Facebook apabila saya terima satu call tentang kursus perkahwinan.

“Betul ke kursus kahwin KL pada waktu PKPP ni sehari je?”, tanya seorang bakal pengantin kepada saya.

Saya jawab, “ye. Betul tu. Sebelum PKP atau PKPP, bakal pengantin atau pasangan di Wilayah Persekutuan kena masuk kursus kahwin 1 hari setengah atau 13 jam wajib. Sekarang ni, untuk mematuhi SOP pencengahan wabak Covid-19, kursus ni berlangsung hanyalah 6 jam sahaja. Masuk pukul 9 pagi, pukul 4 kursus kahwin dah tamat – dan dah layak dapat sijil kursus kahwin (dah termasuk 1 jam rehat dan makan-makan)”.

“Wahhhh . . . biar betul sehari je?”, balas bakal pengantin tu.

Sambung saya lagi, “walau pun macam tu, kualiti pengajaran tu tetap maintain. Yang penting, kalau ada perkara yang kurang faham, peserta boleh tanya direct kat ustaz atau ustazah penceramah. Terutama bab prosedur perkahwinan (proses nak memohon kebenaran nikah“, jelas saya lagi.

“Ooooo macam tu”, jawab bakal pengantin tu.

Bagi anda yang masih belum tahu, setelah tamat PKP dan sewaktu perlaksanaan PKPP, bermula 4 Julai 2020, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah beri kebenaran penganjuran kursus kahwin di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan cara penganjuran disebabkan pematuhan SOP MKN dan KKM untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Dan langkah-langkah pematuhan SOP ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2020.

Pada masa ini, terdapat 2 format penganjuran kursus pra perkahwinan yang dibenarkan pada waktu PKPP ini.

  1. Kursus kahwin secara bersemuka
  2. Kursus kahwin online

Kursus kahwin secara bersemuka

  1. Terhad kepada 150 peserta bagai setiap sesi dengan penjarakan 1 meter antara para peserta.
  2. Ada 2 sesi seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
  3. Dianjurkan oleh hampir keseluruhan penganjur kursus kahwin di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya dan Labuan).

Kursus kahwin online

  1. Terhad kepada 30 peserta sahaja bagi setiap sesi.
  2. Ada 2 sesi seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
  3. Hanya 2 penganjur sahaja – 1 di KL dan 1 di Putrajaya – yang menyediakan kursus kahwin online ini.

Perbandingan kursus kahwin bersemuka sebelum PKPP dan sewaktu PKPP

Untuk perbandingan kursus kahwin secara bersemuka sebelum PKPP dan pada waktu PKPP, anda boleh rujuk maklumat di bawah.

PerkaraSebelum PKPPPada waktu PKPP
Berapa lama?1 hari setengah (13 jam wajib)

Kursus tamat pada pukul 2 petang pada hari ke-2
1 hari sahaja (6 jam wajib sahaja)

Kursus tamat pada pukul 4 petang hari yang sama.
Hari penganjuran?Setiap minggu

1. Sabtu dan Ahad (1 sesi)

2. Rabu dan Khamis (1 sesi – Danau Kota sahaja)
Setiap minggu

Anda boleh pilih hari Sabtu atau Ahad (2 sesi yang berlainan)

Penganjuran hari Rabu dan Khamis (kursus kahwin hari bekerja) masih belum dibenarkan.
Yuran?RM120 untuk setiap pesertaRM100 untuk setiap peserta
Status sijil?Sama:

Tiada expiry date

Sah laku seumur hidup

Boleh digunakan untuk urusan permohonan kebenaran nikah di seluruh Malaysia
Sama:

Tiada expiry date

Sah laku seumur hidup

Boleh digunakan untuk urusan permohonan kebenaran nikah di seluruh Malaysia
Bila sijil siap?Sama:

3 hari bekerja selepas tamat kursus
Sama:

3 hari bekerja selepas tamat kursus
Macam mana nak dapatkan sijil bila sijil siap nanti?Sama:

1. Boleh datang ambil sendiri

Atau

2. Boleh gunakan wakil

Atau

3. Boleh gunakan khidmat courier yang penganjur sediakan (Danau Kota dan Manjalara)
Sama:

1. Boleh datang ambil sendiri

Atau

2. Boleh gunakan wakil

Atau

3. Boleh gunakan khidmat courier yang penganjur sediakan (Danau Kota dan Manjalara)
Dokumen yang perlu dibawa sebelum hadir ke kursus kahwin?1. Borang kursus kahwin yang siap diisi

2. 1 salinan IC atau passport bagi setiap peserta
1. Borang kursus kahwin yang siap diisi

2. 1 salinan IC atau passport bagi setiap peserta

3. Face mask

4. Apps MySejahtera
Lokasi penganjuran Danau KotaDi dewan ceramah, Danau Kota, Tingkat 1 Medan Selera Danau Kota, Kuala LumpurDi dewan ceramah Hotel Adamson KL.
Lokasi penganjuran ManjalaraSama:

Di dewan ceramah Masjid Imam Al Ghazali, Manjalara, Kuala Lumpur
Sama:

Di dewan ceramah Masjid Imam Al Ghazali, Manjalara, Kuala Lumpur
Ujian?Masih belum ada ujian lisan atau ujian bertulisMasih belum ada ujian lisan atau ujian bertulis
Makan-makan3 kali sepanjang kursus berlangsung2 kali sepanjang kursus berlangsung

Bagi anda yang perlu sertai kursus perkahwinan dan mendapat sijil kursus kahwin pada waktu PKPP ini, anda boleh lihat maklumat tarikh terkini, jumlah seat yang available dan cara daftar di www.kursuskahwin.com.my/daftar

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lain, anda boleh hubungi atau Whatsapp Hotline saya di 019 3300961.

Insya-Allah saya akan segera bantu anda.

Follow saya
Shares
%d bloggers like this: