Perbincangan Hangat Bakal Pengantin Dan Muda Mudi: Kenaikan Yuran Kursus Kahwin, Kursus Kahwin Bersemuka (Face-to-Face) dan Kursus Diiktiraf JAWI dan JAKIM.
Oleh sebab perancangan perkahwinan merupakan satu langkah besar dalam kehidupan setiap pasangan, berita tentang kenaikan yuran kursus kahwin di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) begitu cepat menjadi viral.
Menghadiri kursus pra perkahwinan, kursus perkahwinan atau kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin adalah langkah penting bagi bakal pengantin untuk memulakan proses permohonan kebenaran berkahwin.
Bukan hanya di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sahaja, kursus ini wajib dihadiri oleh pasangan yang ingin bernikah di Malaysia, seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa agama setiap negeri.
Sepintas lalu, tahun 2024 menyaksikan beberapa perkembangan menarik dalam topik ini seperti kenaikan yuran kursus kahwin, serta kelebihan kursus bersemuka berbanding dengan kursus kahwin online yang telah dilaksanakan sewaktu penularan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan PKP.
Artikel ini akan membincangkan secara terperinci tentang kursus kahwin di Kuala Lumpur, termasuklah kenaikan yuran yang tular, kursus bersemuka, sijil kursus kahwin yang diiktiraf oleh JAWI dan JAKIM, serta Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI).
Kenapa Kursus Kahwin Penting?
Kursus kahwin bukan sekadar satu formaliti. Ia merupakan platform bagi pasangan mempersiapkan diri dari segi emosi, mental, dan fizikal untuk menghadapi alam perkahwinan.
Melalui kursus ini, pasangan akan didedahkan kepada sepuluh topik wajib dengan 13 jam pembelajaran yang merangkumi:
- Tanggungjawab dalam perkahwinan – Memahami hak dan tanggungjawab suami isteri.
- Pengurusan kewangan keluarga – Tips bagaimana untuk mengatur perbelanjaan sebagai pasangan berkahwin.
- Komunikasi efektif – Cara berkomunikasi dengan lebih baik bagi mengelakkan konflik dalam rumah tangga.
- Aspek keagamaan – Hukum-hakam dalam perkahwinan, penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkahwinan dan bagaimana membina keluarga yang sejahtera.
- Aspek kesihatan – Pengurusan stress, kesihatan wanita dan lelaki dan beberapa aspek penting kesihatan untuk membentuk keluarga bahagia yang berilmu.
Semua ini disampaikan dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI), yang diiktiraf oleh JAKIM dan JAWI, menjadikannya satu syarat sah untuk proses permohonan kebenaran pernikahan di Malaysia.
Kenaikan Yuran Kursus Kahwin: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Salah satu perkara yang menjadi perhatian bakal pengantin pada tahun 2024 ialah tersebarnya kenaikan yuran kursus kahwin di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) di bawah pentadbiran JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).
Tular di media sosial, khususnya TikTok, bahawa yuran kursus kahwin bakal dinaikkan dari RM120 kepada RM150 mulai 1 November 2024.
Walaupun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum mengesahkan secara rasmi, khabar angin ini telah menyebabkan ramai pasangan segera mendaftar kursus lebih awal untuk mengelakkan kenaikan kos.
Ini adalah sesuatu yang penting untuk diperhatikan jika anda merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Dengan kenaikan kos perkahwinan yang semakin meningkat, tambahan RM30 mungkin kelihatan kecil, tetapi ia memberi kesan kepada bajet keseluruhan perkahwinan.
Selepas video di TikTok viral tentang kenaikan yuran kursus kahwin bermula 1 Nov 2024, pada masa ini, pihak JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) memaklumkan yang pihak JAWI masih kekalkan kadar yuran semasa sebanyak RM120 bagi setiap peserta kursus kahwin di Wilayah Persekutuan.
Menurut JAWI juga, sebarang perkembangan atau perubahan kadar itu akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laporan dari Sinar Harian di https://www.sinarharian.com.my/article/686273/edisi/selangor-kl/jawi-belum-cadang-kuat-kuasa-kadar-baharu-kursus-kahwin
Kursus Kahwin Bersemuka (Face-to-Face): Kenapa Ia Pilihan Utama?
Kursus kahwin secara online atau secara dalam talian diperkenalkan dan digunakan sewaktu negara kita dilanda penularan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan PKP.
Ianya bertujuan untuk membantu bakal pengantin meneruskan mempelajari ilmu rumah tangga dan seterusnya layak mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin adalah dokumen wajib untuk memohon kebenaran berkahwin walaupun pada waktu penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP.
Meskipun kursus kahwin online ini memudahkan urusan bakal pengantin, kursus kahwin bersemuka (face-to-face) masih menjadi pilihan utama bakal pengantin.
Terdapat beberapa sebab mengapa kursus secara face-to-face menjadi pilihan:
- Interaksi langsung dengan penceramah – Peserta dapat berinteraksi terus dengan penceramah berpengalaman yang mana para peserta lebih mudah memahami dan boleh bertanya soalan secara spontan.
- Pengalaman praktikal – Beberapa modul seperti komunikasi dan penyelesaian konflik rumah tangga lebih berkesan apabila dipraktikkan secara langsung melalui simulasi atau contoh.
- Persekitaran yang selesa – Pusat kursus di Kuala Lumpur dan Selangor contohnya di kursus kahwin Danau Kota menawarkan banyak kemudahan seperti tempat letak kereta percuma, makan minum tiga kali sepanjang kursus berlangsung, kelas berhawa dingin serta kemudahan ATM berdekatan menjadikan pengalaman ini lebih selesa untuk para peserta.
- Boleh bertanya perkara-perkara sulit dan bersifat peribadi – Peserta yang memerlukan boleh bertanya pakar atau penceramah secara individu jika ada antara mereka mempunyai masalah-masalah yang sulit dan bersifat peribadi.
- Boleh berhubung atau minta bantuan pakar atau penceramah walaupun setelah kursus kahwin tamat – Contohnya menjadi amalan di kursus kahwin Danau Kota memohon pakar atau penceramah memberikan nombor telefon mereka kepada para peserta supaya peserta yang memerlukan boleh meminta bantuan, cadangan atau panduan walaupun setelah kursus kahwin tamat. Ini kerana sering terjadi ada peserta yang buntu atau hadapi masalah sewaktu memohon kebenaran berkahwin termasuk kes-kes lain seperti masalah wali.
Namun, perlu diingatkan bahawa tempat untuk kursus bersemuka sering kali terhad, dan permintaan tinggi menjelang bulan-bulan sebelum cuti sekolah, akhir tahun serta sebelum Hari Raya. Jadi, buat tempahan awal jika anda mahu memastikan slot kursus.
Kursus Diiktiraf JAWI dan JAKIM: Kelebihan dan Pengiktirafan
Salah satu faktor utama dalam memilih kursus kahwin ialah pengiktirafan. Pastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sijil yang dikeluarkan oleh kursus yang diiktiraf oleh dua badan ini sah di seluruh Malaysia dan tiada tarikh luput, yang bermakna anda boleh menggunakannya bila-bila masa tanpa perlu menghadiri kursus lagi.
Sehingga artikel ditulis, sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI sah digunakan di mana-mana PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) dan JAIN (Jabatan Agama islam Negeri) seluruh Malaysia sebagai dokumen sokongan permohonan kebenaran berkahwin.
Selain itu, sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI juga tiada tarikh luput atau tiada expiry date. Sijil tersebut boleh digunakan sebagai dokumen sokongan permohonan kebenaran nikah tanpa anda perlu sertai semula kursus kahwin.
Kursus yang diiktiraf juga menawarkan jaminan bahawa kandungan kursus adalah sejajar dengan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI), yang direka khusus untuk mempersiapkan pasangan dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan perkahwinan.
Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI)
Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI) adalah kurikulum yang diguna pakai dalam kursus kahwin di seluruh Malaysia. Modul ini direka oleh JAKIM dengan tujuan untuk memperkasa bakal pengantin dengan pengetahuan agama dan kemahiran kehidupan yang penting. Antara topik utama yang diliputi dalam modul ini termasuk:
- Akidah dan ibadah – Memperkuatkan kefahaman agama pasangan supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
- Undang-undang perkahwinan Islam – Pasangan akan didedahkan kepada hak dan tanggungjawab mereka dalam konteks undang-undang syariah.
- Pengurusan krisis dalam perkahwinan – Bagaimana menangani isu seperti konflik rumah tangga dan cabaran kewangan yang sering menjadi punca utama perceraian.
MBKPPI adalah modul wajib yang diiktiraf oleh JAKIM dan digunakan di hampir semua kursus kahwin di Malaysia. Dengan mengikuti kursus ini, pasangan akan lebih bersedia untuk mendepani pelbagai cabaran dalam rumah tangga dengan keyakinan dan ketahanan mental yang lebih baik.
Tips Memilih Kursus Kahwin Terbaik
Memilih pusat kursus kahwin boleh menjadi tugas yang dengan begitu banyak pilihan di pasaran. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda membuat pilihan terbaik:
- Pilih kursus yang diiktiraf JAWI dan JAKIM – Bagi yang menetap atau ingin melaksanakan majlis akad nikah di kawasan Wilayah Persekutuan, ini adalah syarat paling penting kerana hanya sijil dari kursus yang diiktiraf sah untuk digunakan dalam proses pernikahan.
- Pertimbangkan kemudahan yang disediakan – Beberapa pusat menawarkan kemudahan tambahan seperti tempat letak kereta percuma, makan minum sepanjang kursus kahwin berlangsung, bilik solat yang selesa, berdekatan dengan stesen minyak, ada kemudahan ATM serta ada kemudahan kedai runcit.
- Periksa jadual dan lokasi – Pastikan jadual kursus sesuai dengan perancangan anda, dan lokasi mudah diakses sama ada dengan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.
Penutup
Kepentingan Kursus Kahwin
Kursus kahwin adalah satu langkah penting bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di Malaysia. Kerana tanpa berkursus atau lewat berkursus, bakal pengantin akan menghadapi masalah untuk menghantar borang permohonan kebenaran berkahwin secara online dan pengesahan dokumen secara fizikal kerana tiada sijil kursus kahwin.
Pemilihan Pusat Kursus Kahwin
Bakal pengantin perlu bijak memilih pusat kursus yang terbaik. Pastikan anda mendaftar awal untuk mengelakkan slot penuh dan pilih kursus yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang berkualiti.
Belum Ada Perlaksanaan Kenaikan Yuran Kursus Kahwin
Dengan makluman dari JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), kenaikan yuran kursus kahwin belum dilaksanakan, belum cadang kuat kuasa kadar baharu kursus kahwin, serta masih mengekal kadar yuran semasa RM120 untuk setiap peserta. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan kelak oleh JAWI.
Tindakan Anda
Walaupun belum ada ketentuan tentang kadar yuran baru atau kenaikan yuran kursus kahwin di Wilayah Persekutuan, sebagai bakal pengantin, adalah bijak untuk anda dan pasangan merancang perkahwinan anda lebih awal. Selain dari dapatkan sijil kursus kahwin untuk permohonan kebenaran nikah, jangan lepaskan peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga dan perkahwinan melalui kursus kahwin yang diiktiraf.
Oleh sebab sijil kursus kahwin dari JAWI masih tiada tarikh luput, yang masih bujang atau yang belum ada tarikh kahwin juga boleh sertai kursus kahwin. Yang penting, setelah menyertai kursus kahwin, pastikan anda simpan sijil kursus kahwin anda elok-elok sehinggalah anda bertemu jodoh.
Maklumat Terkini
Anda boleh dapatkan maklumat terkini penganjuran kursus kahwin Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan pada laman web rasmi kursus kahwin Danau Kota: www.kursuskahwin.net.
Atau anda boleh berada dalam Telegram group Info Terkini Kursus Kahwin Kuala Lumpur di: https://t.me/InfoTerkiniKursusKahwin
Related posts:
- Wali Perempuan: Panduan Yang Anda Perlu Tahu - 25/09/2024
- Kenaikan Yuran Kursus Kahwin: Betul Ke Bermula 1 Nov 2024? - 23/09/2024