Ramai muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin – yang belum sertai kursus kahwin – rasa stress dan risau-risau memikirkan proses memohon kebenaran nikah.

Terutama kalau anda dan pasangan sudah menetapkan tarikh perkahwinan.

Sebenarnya, perkara penting ini tidaklah sesusah manapun sekiranya anda mendapat maklumat atau nasihat dari sumber yang betul.

Kalau anda belum tahu, proses memohon kebenaran nikah ini akan ditunjukkan secara terperinci dalam kursus kahwin.

Sepatutnya perkara penting ini hendaklah didahulukan berbanding dengan perkara-perkara lain.

Malangnya, ramai pasangan dan bakal pengantin yang masuk kursus kahwin secara last minit.

Ini menyebabkan mereka kelam-kabut dan stress sewaktu menyiapkan atau menyediakan dokumen-dokumen penting memohon kebenaran nikah serta prosesnya.

Seperti yang saya telah nyatakan, ianya tidak susah.

Apabila anda telah faham 8 cara memohon kebenaran nikah serta menyediakan dokumen-dokumen wajib yang perlu, kebenaran untuk nikah boleh anda perolehi dalam sekejap waktu sahaja.

Selepas itu, anda sudah boleh buat booking slot Tok Kadi.

Dan fokus pula pada persiapan majlis perkahwinan anda.

Buat perkara mana yang lebih penting terlebih dahulu.

Insya-Allah anda dan pasangan akan melalui proses memohon kelulusan nikah yang lancar.
 

Baiklah.

 

Untuk memohon kelulusan kebenaran nikah, terdapat 8 cara kerana ada 8 scenario yang biasa berlaku.

Begini:

1. Bakal pengantin lelaki dan perempuan datang dari daerah atau kariah yang sama. Hendak bernikah pun di daerah atau kariah yang sama.

Contoh:

Bakal pengantin lelaki datang dari daerah atau kariah masjid X.

Bakal pengantin perempuan juga datang dari daerah atau kariah masjid X.

Dan tempat mereka hendak nikahpun juga di daerah X.

Oleh itu, borang memohon kelulusan nikah perlu dihantar bersama oleh bakal pengantin lelaki dan perempuan ke Pejabat Agama Islam.

Ianya setelah kedua-dua bakal pengantin tadi telah mendapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ di kariah masjid X.

 

2. Bakal pengantin lelaki dan perempuan datang dari kariah atau daerah atau negeri yang berlainan. Tetapi hendak bernikah di daerah atau kariah masjid bakal pengantin perempuan.

Contoh A:

Bakal pengantin lelaki datang dari kariah masjid X.

Bakal pengantin perempuan datang dari kariah masjid Y.

Dan mereka hendak bernikah di kariah masjid Y.

Oleh itu, borang permohonan kelulusan nikah perlu dihantar bersama ke Pejabat Agama Islam.

Ianya setelah kedua-dua mereka selepas mendapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid mereka masing-masing.
 

Contoh B:

Bakal pengantin lelaki datang dari daerah atau negeri X.

Bakal pengantin perempuan pula datang dari daerah atau negeri Y.

Manakala mereka hendak akad nikah di daerah atau negeri Y.

Dalam hal ini, bakal pengantin lelaki perlu dapatkan kelulusan nikah dari Pejabat Agamanya terlebih dahulu.

Kebenaran berkahwin yang diperolehi perlu diserahkan kepada bakal pengantin perempuan bagi membolehkan bakal perempuan perempuan mendapatkan kelulusan nikah daripada Pejabat Agama daerah atau negeri Y.

 

3. Bakal pengantin lelaki dan perempuan berbeza kariah atau daerah atau negeri. Mereka hendak nikah di tempat bakal pengantin lelaki.

Contoh A:

Bakal pengantin lelaki datang dari kariah masjid X.

Bakal pengantin perempuan datang dari kariah masjid Y.

Manakala tempat mereka hendak bernikah adalah di kariah X.

Oleh itu, borang memohon kelulusan nikah boleh dihantar bersama ke Pejabat Agama Islam.

Ianya setelah kedua-duanya dapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid masing-masing.
 

Contoh B:

Bakal pengantin lelaki datang dari daerah atau negeri X.

Bakal pengantin perempuan datang dari daerah atau negeri Y.

Manakala mereka hendak akad nikah di daerah atau negeri X.

Oleh itu, bakal pengantin lelaki perlu dapatkan kelulusan daripada Pejabat Agama daerah atau negeri X terlebih dahulu.

Kebenaran bernikah yang telah diperolehi perlu diserahkan kepada bakal pengantin perempuan.

Ianya supaya bagi bakal pengantin perempuan dapat memohon kelulusan daripada Pejabat Agama Y.

Setelah itu, bakal pengantin perempuan perlu ke Pejabat Agama X untuk memohon kebenaran berkahwin di daerah atau negeri X.

 

4. Bakal pengantin lelaki dan perempuan datang dari kariah atau daerah atau negeri yang berbeza. Mereka hendak akad nikah di kariah atau daerah atau negeri yang berbeza (yang lain).

Contoh A:

Bakal pengantin lelaki datang dari kariah masjid X.

Bakal pengantin perempuan datang dari kariah Y.

Manakala tempat akad nikah di kariah Z.

Oleh itu, mereka perlu hantar borang kebenaran nikah bersama ke Pejabat Agama Islam.

Ianya selepas kedua-duanya mendapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid mereka masing-masing.
 

Contoh B:

Bakal pengantin lelaki datang dari daerah atau negeri X.

Bakal pengantin perempuan datang dari daerah atau negeri Y.

Manakala mereka hendak nikah di daerah atau negeri Z.

Oleh itu, bakal pengantin lelaki perlu dapatkan kelulusan nikah dari Pejabat Agama daerah atau negeri X terlebih dahulu.
Setelah itu, kebenaran berkahwinnya perlu diserahkan kepada bakal pengantin perempuan supaya bakal pengantin perempuan boleh dapatkan kelulusan daripada Pejabat Agama X.

Setelah itu, bakal pengantin perempuan boleh ke Pejabat Agama Z untuk dapatkan kebenaran berkahwin di tempat tersebut.

 

5. Bakal pengantin lelaki berkahwin dengan bukan warganegara yang tinggal di negara ini (Malaysia). Mereka hendak bernikah di tempat bakal pengantin lelaki.

Contoh:

Bakal pengantin lelaki datang dari kariah masjid X.

Bakal pengantin perempuan yang bukan warganegara Malaysia menetap di kariah atau daerah atau negeri yang sama atau berlainan.

Manakala mereka hendak nikah di tempat bakal pengantin lelaki.

Oleh itu, borang memohon kelulusan nikah boleh dihantar bersama ke Pejabat Agama Islam.

Ianya setelah kedua-dua mereka sudah dapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid mereka (kalau mereka sama kariah atau daerah).

Kalau kariah atau daerah atau negeri mereka berlainan, lelaki perlu dapatkan kelulusan nikah daripada Pejabat Agama bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.

Kebenaran berkahwin perlu diserahkan kepada bakal pengantin perempuan supaya bakal pengantin perempuan boleh dapatkan kelulusan nikah dari Pejabat Agama di tempat dia bermastautin.

Setelah itu, bakal pengantin perempuan perlu ke Pejabat Agama bakal pengantin lelaki untuk mendapatkan kebenaran berkahwin di tempat tersebut.

 

6. Bakal pengantin lelaki hendak berkahwin dengan perempuan yang bukan warganegara yang tinggal di luar negara. Manakala tempat nikah adalah di luar negara.

Contoh:

Bakal pengantin lelaki datang dari dari kariah masjid X.

Bakal pengantin perempuan bukan warganegara dan tinggal di luar negara.

Manakala tempat nikah juga akan berlangsung di luar negara.

Oleh itu, bakal pengantin lelaki perlu dapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agamanya dan mendapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah kariah masjidnya.

Kebenaran berkahwin itu perlu yang dibawa ke luar Negara untuk perkahwinan di tempat tersebut.

 

7. Bakal pengantin perempuan hendak nikah dengan bakal pengantin lelaki bukan warganegara yang tinggal di luar negara. Manakala tempat nikah adalah di Malaysia.

Bakal pengantin lelaki bukan warganegara tersebut perlu dapatkan kebenaran nikah daripada negaranya dan Pejabat kedutaannya di Malaysia.

Setelah itu, bakal pengantin perempuan boleh dapatkan kelulusan nikah dari Pejabat Agamanya selepas dapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah kariah masjidnya.

 

8. Bakal pengantin perempuan yang ingin bernikah dengan lelaki bukan warganegara yang tinggal di luar Negara. Manakala tempat nikah adalah di luar negara.

Bakal pengantin perempuan perlu dapatkan kelulusan nikah dari Pejabat Agamanya. Ianya setelah dia mendapat pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah masjid kariahnya.

Kebenaran bernikah tersebut perlu dibawa ke luar Negara untuk tujuan perkahwinan di sana (luar negara).

 

Sewaktu kursus kahwin, anda amat digalakkan bertanya habis-habis kepada penceramah tentang sebarang permasalahan atau kemusykilan tentang prosedur perkahwinan ini.

 

Usah biarkan masalah atau kemusykilan anda terpendam begitu sahaja tanpa sebarang jawapan selepas anda melangkah keluar dari dewan ceramah.

Usah malu bertanya.

Kelak anda sendiri yang akan stress dan risau-risau.

Buat persediaan tentang prosedur perkahwinan awal-awal.

Ceriakan hari bahagia dan bersejarah anda dan pasangan.

 

Untuk membantu anda, anda boleh Whatsapp saya bila-bila masa di Hotline, 019 3300961 (link Whatsapp, https://kursuskahwincommy.wasap.my)

Bertanya boleh. Nak buat booking kursus kahwin pun boleh.

Kami akan bantu anda.

 

Laman web utama: www.kursuskahwin.com.my
Artikel blog: www.kursuskahwin.com.my/blog

     
Follow saya
Shares
%d bloggers like this: