Siapa sangka kini telah ada kursus kahwin online?

Sebelum ini, kursus perkahwinan hanya dianjurkan secara bersemuka yang mana pasangan atau bakal pengantin perlu hadir dan berada dalam dewan ceramah selama 1 setengah hari untuk melayakkkan mereka mendapat sijil kursus kahwin.

Setelah itu – sejak tercetusnya pendamik atau wabak Covid-19 – kursus kahwin telah dipendekkan kepada 1 hari sahaja.

Ianya tetap diteruskan sebagai satu usaha untuk membantu ramai pasangan atau bakal pengantin yang perlu melengkapkan semua dokumen wajib mereka – termasuk sijil kursus kahwin – untuk memohon kebenaran berkahwin.

Bagaimanapun, dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan penguatkuasaan PKPP dan PKPB, kursus kahwin secara bersemuka selama 1 hari ini juga tidak lagi dapat dilaksanakan.

Memandangkan terdapat ramai pasangan yang akan melangsungkan pernikahan atau telah pun ada tarikh nikah pada waktu PKPP atau PKPB, kursus pra perkahwinan ini tetap diteruskan – tetapi ianya dilaksanakan secara online sahaja.

Buat pengetahuan anda, walaupun kursus kahwin ini dilaksanakan secara online, ianya tetap berbentuk ceramah terus – iaitu “secara live” – dari penceramah-penceramah bertauliah kepada pasangan atau bakal pengantin.

Ada interaksi antara anda dan penceramah-penceramah – malah anda boleh bersoal-jawab sewaktu ianya berlangsung.

Secara ringkasnya, kursus kahwin online ini sangat membantu muda-mudi atau pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Ini kerana, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja dan anda boleh menyertainya tidak kira di tempat atau negeri mana anda berada. Atau tidak kira kawasan anda berada dalam PKPP atau PKPB, ataupun PKPD.

Bagaimanapun, sebelum anda menyertainya, eloklah anda dapatkan maklumat atau info yang tepat dan betul tentang kursus perkahwinan online ini terlebih dahulu.

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 9 perkara penting untuk anda tahu dan fahami:

1. Kursus kahwin online JAWI ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira tempat atau negeri

Seperti yang saya telah nyatakan di atas, sesiapa sahaja – muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin – dari mana-mana tempat atau negeri seluruh Malaysia boleh sertai kursus kahwin secara online ini.

Ini kerana, sijil kursus kahwin JAWI ini “sah laku” untuk digunakan bagi sebarang “urusan memohon kebenaran nikah” di mana-mana PAID (Pejabat Agama Islam daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Ngeri) seluruh Malaysia.

Kecuali – hanya bagi anda yang sekarang tinggal di Sabah dan ingin memohon kebenaran nikah di Sabah sahaja.

Ini adalah lanjutan dari makluman atau peraturan baru dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada pertengahan bulan November 2020 lalu.

Bagaimanapun, bagi anda orang Sabah yang tinggal di mana-mana negeri di Malaysia, tiada halangan bagi anda sertai kursus kahwin online ini.

2. Kursus kahwin online JAWI ini dianjurkan secara “live”

Kursus ini dianjurkan secara live.

Kenapa secara “live”?

Berbanding dengan kursus kahwin online yang hanya menyediakan paparan slide secara berseorangan, kursus kahwin online JAWI ini menyediakan ceramah dan penerangan secara live.

Ini membolehkan anda bertanya terus kepada penceramah-penceramah yang bertauliah sekiranya anda ada apa-apa perkara yang tidak jelas atau tidak difahami.

prosedur perkahwinan

Ianya membolehkan anda dapat mempraktikkan pembelajaran yang diberi terutama tentang cara “memohon kebenaran berkahwin” – bersamaan dengan prosedur perkahwinan – yang melibatkan peraturan, undang-undang serta hukum sewaktu memohon kelulusan nikah.

Jika tidak, anda pasti akan terus buntu serta tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan cara memohon kebenaran nikah walaupun anda telah tamat sertai kursus kahwin.

Malah, dalam kursus kahwin online JAWI ini – contohnya kursus kahwin Danau Kota atau Manjalaraada penceramah-penceramah yang sudi memberikan nombor telefon mereka sebgai satu kemudahan untuk anda dapat rujuk sekiranya anda “tersangkut” di tengah-tengah proses permohonan nikah anda – walaupun selepas kursus sudah tamat.

Dalam sesi live ini, semua peserta dikehendaki menunjukkan wajah atau muka masing-masing supaya ianya lebih interaktif bersama ustaz atau ustazah yang bertauliah.

3. Platform live yang digunakan sewaktu kursus berlangsung

Sesi live ini akan menggunakan “platfrom komunikasi Zoom atau Google Meets atau pun Microsoft Teams” yang mana ianya bergantung kepada pilihan pusat kursus kahwin.

Pihak pusat kursus kahwin akan memaklumkan dan guide anda bagaimana anda dapat install applikasi ini serta bagaimana anda dapat join kursus pada hari kursus kahwin online nanti.

Jadi, sebelum tibanya hari kursus, anda perlu bersiap-sedia dengan:

a. Install siap-siap applikasi Zoom atau Microsoft Teams.

b. Anda perlu test penggunaan applikasi tersebut terlebih dahulu bersama pasangan atau rakan-rakan anda.

Nota:

Kursus kahwin online Danau Kota atau Manjalara memilih menggunakankan apps Microsoft Teams kerana ianya lebih mudah dan stabil.

kursus perkahwinan online

4. Tempoh masa kursus kahwin online berlangsung

Kursus kahwin online ini berlangsung hanya selama 5 jam 15 minit sahaja dengan 10 topik atau modul pembelajaran.

Dan bagi setiap modul ini, anda akan dibimbing oleh penceramah-penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing.

Kursus ini berlangsung dengan aturcara sebegini:

Sabtu atau Ahad (sehari sahaja)

a. 8.30 – 9.00 pagi – anda akan menerima arahan dan link untuk join kursus kahwin online menggunakan applikasi pilihan – Zoom, Google Meets atau Microsoft Teams.

Setelah join, anda boleh check audio dan visual.

Setelah selesai check, anda dengar penerangan dari Admin.

b. 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 3.00 petang (ada break dan rehat).

c. 3.00 petang – 3.15 petang – anda perlu jawab soalan kefahaman ringkas dan hantar melalui link yang akan diberikan oleh Admin.

d. 3.15 petang – kursus kahwin online tamat.

5. Alat-alat yang anda boleh gunakan

Untuk sertai sesi pembelajaran, anda boleh menggunakan handphone (smartphone), atau tablet, atau PC dan atau pun laptop.

Tidak kira alat apa yang anda gunakan, anda perlu pastikan camera pada alat anda berfungsi dengan baik oleh sebab anda mesti menampakkan wajah atau muka anda sepanjang waktu kursus berlangsung.

6. Persediaan lain yang penting

a. Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 13Gb data atau sambungan internet yang baik dan stabil.

b. Bersedia dengan charger.

c. Memahami tatacara yang akan diberikan oleh Admin – contohnya apa anda perlu buat untuk break atau ke tandas, tatacara mohon mencelah untuk bertanya atau tatacara sekiranya anda hadapi sebarang masalah alat atau sambungan internet.

7. Cara berpakaian

Oleh sebab sesi kursus kahwin online ini adalah sesi live dan ada pemantauan dari pihak Jabatan Agama Islam, anda perlu berpakaian sopan, wajib bertudung dan menutup aurat bagi peserta perempuan.

8. Soalan kefahaman

Sebaik sahaja sesi ceramah selesai, untuk melayakkan anda mendapat sijil kursus kahwin, anda dan semua peserta yang lain dikehendaki menjawab soalan kefahaman yang telah disediakan oleh JAWI.

Ianya adalah soalan objektif, tidak susah dan mudah dijawab sekiranya anda fokus sepanjang sesi pembelajaran.

9. Bagaimana anda boleh mengambil sijil kursus kahwin anda?

Selepas tamat sertai kursus kahwin online ini – selepas 3 hari bekerja – sijil kursus kahwin anda akan dikeluarkan oleh pihak JAWI.

Pihak penganjur – contohnya kursus kahwin Danau Kota atau Manjalara – akan memaklumkan kepada semua peserta bahawa sijil anda telah siap dan telah berada di pejabat.

Pihak kursus kahwin Danau Kota atau Manjalara akan memaklumkan bahawa terdapat 3 cara bagi anda mendapatkan sijil anda:

a. Anda boleh datang sendiri ambil sijil anda.

Atau:

b. Anda boleh wakilkan kepada sesiapa yang anda mahu.

Atau pun:

c. Anda boleh menggunakan khidmat courier J&T Express atau Poslaju yang telah disediakan oleh pihak kursus kahwin Danau Kota atau Manjalara. Ianya disediakan khas untuk membantu sekiranya anda berada di tempat atau negeri-negeri di luar Wilayah Persekutuan atau anda sibuk, atau pun anda tidak dapat mengambil sijil kursus kahwin dalam masa yang sepatutnya.

Secara ringkasnya, kursus kahwin online ini disediakan sebagai salah satu cara menggantikan kursus pra perkahwinan bersemuka yang tidak dapat dilangsungkan kerana penguatkusaan PKPP atau PKPB atau pun PKPD.

Ianya bertujuan bagi membantu pasangan atau bakal pengantin mendapatkan sijil kursus kahwin bagi melengkapkan dokumen wajib untuk memohon kebenaran nikah mereka tanpa perlu menunggu lama sehingga perintah PKPP atau PKPB atau pun PKPD dilonggarkan atau ditamatkan.

Sedikit sebanyak, ianya akan mengelakkan anda dan pasangan berasa tertekan atau buntu dalam membuat persediaan melangsungkan akad nikah anda.

Untuk tujuan membantu anda – muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin – sebagai contohnya, anda boleh menyertai kursus kahwin online ini dengan membuat pendaftaran melalui 2 laman web ini:

  1. Kursus kahwin Danau Kota

Atau:

  1. Kursus kahwin Manjalara

Dan bagi anda yang belum bersedia pada masa ini untuk turut serta dalam kursus kahwin online ini, anda boleh dapatkan “alert terkini” atau “info terkini” tentang kursus kahwin dengan berada dalam group ini:

“Info Terkini Kursus Kahwin”

Discover more from Kursus Kahwin Com My

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading