Ketahui 11 Perkara Penting Ini Sebelum Anda Ke Kursus Kahwin

Dari pengalaman saya sebagai penganjur kursus kahwin, ramai muda-mudi dan bakal pengantin yang ingin masuk ke kursus kahwin terlepas pandang perkara-perkara penting ini sebelum mereka melangkahkan kaki ke dalam dewan ceramah.

Akibatnya, mereka rasa tertekan, kelam-kabut dan sampai lambat ke pusat kursus.

Sekiranya anda dan pasangan juga sedang merancang untuk menyertai kursus perkahwinan, anda dan pasangan boleh elakkan keadaan ini dengan mengetahui 11 perkara penting ini.

Insya Allah matlamat dan perjalanan anda dan pasangan untuk masuk ke kursus pra perkahwinan ini akan berjalan dengan lancar.

Ianya adalah:
 

1. Lokasi Pusat Kursus Kahwin

Anda perlu memastikan betul-betul di manakah letaknya lokasi pusat kursus yang anda pilih.

Selain memastikan yang lokasi pusat kursus kahwin itu anda kenali lokasinya, pastikan juga yang ianya mudah ditemui di:

+ di Google
+ di Google Maps
+ di WAZE.
 
 

2. Nombor Hotline Penganjur

Pastikan anda ingat atau simpan nombor hotline pusat kursus pilihan anda.

Selain untuk menerima info, anda boleh terus menghubungi nombor hotline tersebut sekiranya anda tersesat jalan atau tidak jumpa loaksi tepat pusat kursus kahwin tersebut.
 
 

3. Parking

Sekiranya anda drive atau pergi ke sana menggunakan kenderaan sendiri, pastikan betul-betul di mana anda boleh parking kenderaan anda.

Bagaimana pula dengan caj parkking?

Adakah caj parking tersebut percuma atau ada discount, ataupun anda terpaksa membayar penuh caj parking tersebut?
 
 

4. Kemudahan-Kemudahan Yang Ada Di Sekeliling

Untuk memudahkan anda dan pasangan mendapatkan apa-apa keperluan penting anda, anda perlu check sama ada pusat kursus tersebut berdekatan atau mempunyai:

+ kemudahan ATM?
+ stesen minyak?
+ shopping kompleks?
+ kedai-kedai runcit?
+ kedai-kedai makan?
+ pengangkutan awam – teksi, Grab, Uber atau LRT?
+ bengkel kereta?
+ tempat cuci kereta?
 
 

5. Makan-Makan

Adakah pusat kursus tersebut menyediakan waktu makan-makan – sarapan, lunch atau tea break – untuk semua peserta?

Ini penting kerana dengan adanya makan-makan, anda tidak perlu lagi hendak keluarkan duit untuk makan-makan atau tercari-cari di mana anda hendak makan sewaktu anda menghadiri kursus kahwin nanti.
 
 

6. Waktu Kursus Kahwin (Aturcara)

Anda perlu pastikan betul-betul:

+ bilakah waktu sebenar kursus bermula?
+ bilakah waktunya sarapan, lunch atau tea break disediakan?
+ bilakah waktu kursus tamat pada hari pertama dan tamat hari kedua?

Ini kerana, ada pusat kursus yang bermula di sebelah pagi adan ada pusat kursus kahwin yang bermula di sebelah petang.

Elakkan tersilap waktu. Sekiranya ini berlaku, anda perlu ulangi mana-mana modul yang anda tertinggal.
 
 

7. Dokumen Yang Perlu Di Bawa

Apakah dokumen penting yang anda perlu bawa?

Contohnya, kursus kahwin Danau Kota atau kursus kahwin Gombak cuma perlukan 1 salinan IC sahaja sebagai dokumen yang diperlukan sewaktu anda hadir ke kursus nanti.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya membuat 1 salinan IC anda dan pasangan siap-siap sebelum anda hadir ke kursus kahwin nanti.
 
 

8. Cara Berpakaian

Pastikan yang anda tidak terbabas dalam bab berpakaian ke kursus kahwin. Jika tidak, ianya boleh menimbulkan kepayahan kepada anda sendiri.

Bagi peserta perempuan – anda perlu berpakaian yang sopan dan menutup aurat. Paling bagus sekiranya anda bertudung, berjubah atau berbaju kurung.

Bagi peserta lelaki – anda boleh memakai pakaian kasual. Bagimanapun anda perlu berbaju yang berkolar, tidak memakai cap dan tidak memakai barangan perhiasan perempuan seperti rantai, gelang, bersubang atau seumpamanya.
 
 

9. Booking Tarikh Pilihan

Anda perlu pastikan yang anda membuat booking pada tarikh yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Sekiranya anda telah membuat booking tetapi tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, sila inform petugas pusat kursus di nombor hotline yang diberi lebih awal.

Dengan menunda atau memlih kehadiran anda dan pasangan ke tarikh yang lain, ianya telah membantu petugas untuk menyusun list peserta kursus kahwin pada setiap tarikh penganjuran kursus kahwin.

Ketidakhadiran anda dan pasangan tanpa sebarang pemberitahuan kepada petugas menyebabkan seat anda dan pasangan tidak dapat digunakan oleh peserta-peserta lain.

Kasihanilah kepada mereka yang urgent hendak masuk ke kursus kahwin yang mana berkemungkinan mereka sudah mmepunyai tarikh majlis akad nikah.

Anda bantu orang lain, Allah akan bantu anda dan pasangan pula.
 
 

10. Tarikh Akad Nikah

Kepada anda yang URGENT hendak masuk ke kursus kahwin untuk mendapatkan #sijilkursusakhwin kerana majlis akad nikah telah ditetapkan, anda perlu tahu tentang 2 proses ini:

+ Memohon kelulusan pernikahan dari Jabatan Agama Islam Negeri, perlulah dalam masa 90 hari dari tarikh cadangan majlis akad nikah.
+ Paling lambat memohon kelulusan pernikahan dari Jabatan Agama Islam Negeri adalah sebelum 7 hari dari tarikh cadangan majlis akad nikah.
 
 

11. YURAN

Yuran tidak sewenang-wenang boleh diletakkan oleh penganjur kursus kahwin kerana bagi setiap negeri di Malaysia, yuran kursus kahwin telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Ianya tidak boleh dikurangkan atau tidak boleh dilebihkan.

Oleh itu, anda perlu pastikan bahawa pihak penganjur tidak mempunyai apa-apa caj tambahan atau caj tersembunyi.

Sekiranya ada, anda boleh laporkan perkara ini terus kepada Jabatan Agama Islam Negeri.
 
 
NOTA

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan tentang kursus kahwin – atau anda hendak buat booking – anda boleh terus Whatsapp saya di 019 3300961.

Atau,

Anda boleh KLIk LINK Whatsapp ini, http://kursuskahwincommy.wasap.my
 
 
Anda juga boleh melihat lain-lain info penting di:

Laman web: www.kursuskahwin.com.my
Blog: www.kursuskahwin.com.my/blog
 
 
 

Related Post

Shares