Kursus Kahwin KL Ada Perubahan?
Berbanding beberapa tahun yang lalu, Kursus Kahwin KL kini telah mengalami beberapa perubahan.
Untuk memudahkan anda dan pasangan membuat persediaan awal memohon kelulusan perkahwinan, berikut adalah 8 perubahan yang anda perlu ketahui.
1. Modul Kursus Kahwin
Bermula tahun 2018, anda sebagai bakal peserta perlu mengikuti Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 4 (MBKPI Versi 4).
Dalam modul terbaru ini, ianya dipecahkan kepada 10 modul atau tajuk.
Walaupun jumlah modul bertambah, jumlah jam pembelajaran tetap sama iaitu 13 jam pembelajaran.
- Tasawwur Islam (1 jam 30 minit)
- Perkahwinan (1 jam)
- Prosedur Perkahwinan (1 jam)
- Tanggungjawab Suami Isteri (1 jam 30 minit)
- Komunikasi Suami Isteri (1 jam)
- Pengurusan Kewangan (1 jam)
- Pengurusan Kesihatan Keluarga (2 jam)
- Pengurusan Stres dan Konflik (1 jam 30 minit)
- Pembubaran Perkahwinan (1 jam 30 minit)
- Majlis Akad Nikah dan Walimatulurus (1 jam)
2. Penceramah Dan Pengesahan Kehadiran
Dengan tambahan pecahan modul-modul pembelajaran ini, kini setiap penganjuran kursus kahwin memerlukan sekurang-kurangnya 7 penceramah atau tenaga pengajar berbanding 6 penceramah sebelum ini.
Selain mencurahkan ilmu, pengalaman dan panduan kepada para peserta, penceramah-penceramah juga bertanggungjawab atas kehadiran para peserta bagi setiap modul yang mana ianya menjadi syarat utama untuk setiap peserta layak mendapat sijil kursus kahwin.
Untuk memastikan kehadiran, anda perlu menandatangani borang senarai kehadiran untuk setiap modul pembelajaran. Dan borang ini mesti disahkan oleh penceramah bagi setiap modul pembelajaran tersebut.
Tanpa tandatangan pada borang senarai kehadiran, anda tidak layak mendapat sijil kursus kahwin.
Bagaimanapun, sekiranya terdapat modul yang tidak dapat anda hadiri kerana ada kes-kes kecemasan, anda boleh memaklumkan kepada petugas supaya modul tersebut dapat diganti pada sesi kursus kahwin pada minggu yang akan datang.
Tanpa mengganti modul yang tertinggal, anda tidak layak untuk mendapat sijil kursus kahwin.
3. Ujian Bertulis Atau Ujian Lisan
Pada tahun 1990’an dulu, ujian lisan – membaca surah pendek, membaca bacaan dalam solat ataupun hukum-hakam fardhu Ain dan perkahwinan – telah dilaksanakan.
Bagaimanapun setelah ujian-ujian ini dihentikan – sehingga kini – ujian lisan atau ujian bertulis sewaktu kursus kahwin KL masih belum dilaksanakan.
Meskipun sudah ada negeri-negeri yang sudah mula menjalankan ujian lisan atau ujian bertulis, anda yang hadir ke kursus kahwin KL hanya perlu duduk dan dengar sahaja.
Malah anda digalakkan berkomunikasi 2 hala bersama penceramah iaitu dengan bertanya dan membuat perbincangan bersama penceramah sewaktu atau selepas modul berlangsung.
Nota:
Perlaksanaan ujian lisan atau ujian bertulis sewaktu kursus kahwin di masa akan datang bergantung kepada keputusan Jabatan Agama Islam.
4. Sijil Kursus Kahwin
Berbanding dengan sijil kursus kahwin sebelum ini, selain perubahan warna, sijil kursus kahwin terkini mempunyai beberapa ciri-ciri keselamatan termasuklah hologram.
Ianya bertujuan untuk mengelakkan penipuan atau jual-beli sijil.
5. Jumlah Maksimum Peserta
Pada tahun 1990’an, peraturan tidak menetapkan jumlah peserta kursus kahwin pada satu-satu sesi.
Ini bermakna, jumlah peserta adalah tanpa had selagi dewan ceramah boleh memuatkan para peserta dan para peserta berasa selesa.
Bagaimanapun oleh kerana jumlah para peserta yang terlalu ramai telah menyebabkan penganjur dan penceramah hilang kawalan – malah para peserta juga hilang fokus – jumlah para peserta telah dihadkan.
Pada masa kini, jumlah maksimum para peserta kursus kahwin KL bagi setiap satu-satu sesi adalah 150 orang peserta sahaja.
6. SPPIM
SPPIM?
Sekiranya anda masih belum tahu, setiap permohonan kelulusan berkahwin boleh dibuat secara online (BNO – Permohonan Berkahwin Secara Online) dengan menggunakan sistem SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia).
Sebelum ini, setiap Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai dan menggunakan sistem pengurusan hal-ehwal bahagian perkawhinan masing-masing.
Kini, terdapat 6 buah negeri yang menggunakan SPPIM untuk hal-ehwal memohon kelulusan berkahwin iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.
Dalam SPPIM, borang permohonan serta borang test HIV juga tersedia untuk anda.
Ianya boleh membantu melancarkan proses memohon kelulusan perkahwinan bagi anda dan pasangan.
Cara menggunakan dan mengisi borang dalam SPPIM akan ditunjukkan dengan terperinci sewaktu anda dan pasangan hadir ke kursus kahwin nanti (dalam modul Prosedur Perkahwinan).
Untuk melihat sistem SPPIM, anda boleh ke laman web SPPIM melalui http://sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
Manakala bagi anda yang masih belum tahu tentang permohonan kelulusan pernikahan secara online, anda boleh membaca artikel ini – 10 Perkara Penting Permohonan Berkahwin Secara Online Yang Anda Perlu Tahu di https://www.kursuskahwin.com.my/permohonan-berkahwin-secara-online/
7. Yuran
Pada bulan Februari 2015, yuran kursus kahwin KL yang telah ditetapkan oleh JAWI telah berubah dari RM80 ke RM120 untuk setiap peserta.
Yuran ini adalah ‘all in’ dan sudah termasuk caj 3 kali makan-makan, sijil kursus kahwin, buku Gerbang Perkahwinan serta lain-lain kemudahan yang telah disediakan.
Dilarang sama sekali sekiranya terdapat caj tambahan atau caj yang tersembunyi.
8. Kursus Kahwin Hari Bekerja
Beberapa tahun dahulu, kursus kahwin hanya dianjurkan pada hari hujung minggu sahaja.
Pada masa kini, selain dari kursus kahwin pada hari hujung minggu (Sabtu & Ahad), anda juga boleh sertai kursus kahwin hari bekerja yang dianjurkan pada hari Rabu & Khamis.
Kemudahan ini disediakan bagi anda yang tidak dapat menyertai kursus kahwin pada hari Sabtu & Ahad kerana tuntutan kerja atau sibuk dengan aktiviti penting yang lain.
Di Kursus Kahwin Danau Kota, penganjuran kursus kahwin hari bekerja dianjurkan pada setiap hari Rabu & Khamis setiap minggu, setiap bulan.
Nota:
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh terus hubungi atau Whatsapp kami di Hotline 019 3300961.
Atau,
Anda boleh lihat tarikh terkini, jumlah seat “real time”, yuran, waktu kursus dan pendaftaran secara online di www.kursuskahwin.com.my/daftar