Sudahkah Anda Mendapat Info Yang Tepat Tentang Kursus Kahwin Danau Kota?

Latarbelakang Kursus Kahwin Danau Kota

Kursus kahwin Danau Kota telah memulakan penganjuran kursus kahwin secara kecil-kecilan pada bulan Jun 2013.

Bagaimanapun, bermula dari tahun 2015 sehingga kini, jumlah muda-mudi atau bakal pengantin yang telah mendapatkan khidmat kursus kahwin Danau Kota adalah seramai 400 sehingga 600 orang sebulan atau 4,800 sehingga hampir 8,000 orang setahun.

Khidmat kursus kahwin kini masih diteruskan untuk kursus kahwin hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan juga kursus kahwin hari bekerja (Rabu dan Khamis) yang man penganjurannya adalah pada setiap minggu, setiap bulan.

Bagaimana dengan lain-lain info?

Untuk membantu anda dan pasangan, saya telah sediakan info penting yang anda perlukan seperti di bawah.

Jom!
 

Lokasi

Kursus kahwin Danau Kota ini juga dikenali sebagai kursus kahwin Uptown Danau Kota kerana ianya terletak betul-betul di tapak Uptown Danau Kota.

Ianya adalah tempat kursus kahwin yang amat sesuai jika anda datang dari mana-mana lokasi pun di Kuala Lumpur dan Selangor ini – contohnya dari Setapak, Selayang, Batu Caves, Kepong, Sri Damansara, Jalan Gombak, Pusat Bandar Kuala Lumpur, Rawang, Datuk Keramat, Hulu Kelang, Ampang, dan malah juga dari Hulu Langat.

Selain menerima muda-mudi atau bakal pengantin dari Kuala Lumpur dan Selangor, ianya juga sering menjadi pilihan ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang datang dari negeri-negeri lain seperti Kelantan, Trengganu, Pahang, Negeri Sembilan. Melaka, Johor, Perak dan malah ada yang sejauh Sabah dan Sarawak.
 

Buat pengetahuan anda, kursus kahwin Danau Kota terletak betul-betul di tapak Uptown Danau Kota, di atas bangunan Medan Selera Danau Kota dan berada di sebelah stesen minyak Petronas dan Shell Danau Kota.

Jaraknya hanyalah 2 minit sahaja dari shopping kompleks Setapak Sentral (nama dulu KL Festival City).
 

Manakala alamat tepatnya adalah:
 
Kursus Kahwin Danau Kota
33-1 Medan Selera Danau Kota Jalan 3A/6
Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur
 
 
Jika anda menggunakan WAZE, sila taip Kursus Kahwin Danau Kota dan anda pasti akan jumpa lokasinya di WAZE.
 

Lokasi di Google Maps:


 

Hotline

Talian Hotline yang anda boleh hubungi (call atau Whatsapp) adalah 019 3300961.

Atau anda boleh menggunakan LINK Whatsapp http://kursuskahwincommy.wasap.my
 

Keluasan Dewan Kursus

Dewan kursus Danau Kota boleh memuatkan sehingga maksumum 140 orang peserta bagi setiap sesi kursus perkahwinan.

Walaupun begitu, pihak pengurusan biasanya akan menerima sehingga maksimum 120 orang peserta sahaja.

Ini bertujuan untuk menjaga keselesaan para peserta di sepanjang waktu kursus nanti.
 

Waktu Pejabat

Muda-mudi, bakal pengantin atau peserta boleh bila-bila masa sahaja datang dan berurusan di pejabat kursus kahwin Danau Kota kerana ianya dibuka pada setiap hari – 7 hari seminggu.

Waktu berurusan adalah:

1. Isnin sehingga Jumaat: 9.30 pagi sehingga 5 petang.

2. Sabtu: 9 pagi sehingga 6 petang

3. Ahad: 9 pagi sehingga 2 petang
 

Keistimewaan

Buat pengetahuan anda, kursus kahwin Danau Kota sudah beberapa kali menjadi lokasi penggambaran bagi drama dan Samarinda TV3, contohnya Ramadhan Jangan Pergi pada beberapa tahun yang lepas.

Yang menariknya juga adalah ianya menjadi tempat artis-artis terkenal menyertai kursus kahwin sebelum artis-artis ini melangsungkan perkahwinan.

Contohnya – Kaka Azraf, Ainan Tasneem, Tauke Jambu Maharaja Lawak, Amir Maharaja Lawak dan beberapa orang lagi artis.


 

kursus kahwin danau kota tauke jambu maharaja lawak
 

kursus kahwin danau kota ainan tasneem
 

kursus kahwin danau kota amir maharaja lawak
 

Kalau anda dan pasangan bernasib baik, silap-silap haribulan, anda akan sama-sama mengikuti kursus perkahwinan bersama artis-artis popular.

Mana tahu, kan?
 

Apa Yang Anda Dapat Bila Berkursus Di Sini?

1. Waktu kursus tidak lama – 1 hari setengah sahaja. Kursus kahwin akan tamapat pada hari kedua pada pukul 2 petang. Oleh itu anda dan pasngan ada masa untuk selesaikan lain-lain perkara penting.

2. WIFI percuma – ianya disediakan untuk anda supaya anda lebih mudah sharing aktiviti atau info anda di media sosial.

3. 3 kali makan-makan sudah disediakan untuk anda dan pasangan – sarapan, makan tenghari pada hari pertama dan makan pagi pada hari kedua.

4. Sijil kursus kahwin TIADA tarikh expired.

5. Sijil kursus kahwin SAH LAKU seumur hidup.

6. Sijil kursus kahwin boleh SAH LAKU untuk digunakan untuk proses memohon kelulusan pernikahan di mana-mana negeri atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia.

7. MASIH BELUM ada ujian. Walaupun sudah ada negeri-negeri lain yang sudah menjalankan ujian sewaktu kursus kahwin, kursus kahwin KL atau di kawasan Kuala Lumpur masig belum melaksanakannya.
 

Kemudahan Online Yang Boleh Membantu Anda

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak info, kursus kahwin Danau Kota telah menyediakan beberapa channel yang mana petugas di setiap channel akan membantu anda, seperti:

1. Whatsapp Group

Untuk mendapatkan info yang lebih pantas tentang kursus kahwin, anda dijemput untuk sertai Whatsapp group Booking Kursus Kahwin.

Anda bila-bila masa sahaja boleh bertanya apa sahaja soalan atau kemusykilan anda di Whatsapp group ini.

Untuk join, anda boleh KLIK, www.kursuskahwin.com.my/whatsappgroup

2. Facebook Group Kursus Kahwin Kuala Lumpur – Soal Jawab

Facebook group ini diwujudkan untuk anda yang perlukan lebih info atau mempunyai persoalan tentang PROSEDUR PERKAHWINAN atau proses memohon kelulusan pernikahan dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Untuk join, anda boleh KLIK link Facebook group ini, https://www.facebook.com/groups/195528081098663.

3. Blog

Untuk mendapatkan tips, panduan atau update terkini, anda boleh melihat atau membaca artikel-artikel yang sentiasa dipublish di blog.

Sila KLIK link blog ini, www.kursuskahwin.com.my/blog

4. Ebook Percuma

Waaaah. Ada ebook percuma disediakan untuk anda.

Ianya disediakan kahs untuk anda yang ingin tahu bagaimana anda boleh “menjimatkan belanja kahwin, rahsia murah rezeki dan rahsia shopping semurah mungkin”.

Anda boleh download ebook percuma “Tips Jimat Belanja Kahwin” melalui link ini, www.kursuskahwin.com.my/ebookpercuma.
 

Kemudahan Parking

Pada masa ini, para peserta yang datang berkursus di sini masih menikmati FREE PARKING sama ada pada hari Sabtu dan Ahad ataupun pada hari Rabu dan Khamis (kursus kahwin hari bekerja).

Sekiranya ada apa-apa perubahan, petugas-petugas akan segera alert atau memberitahu anda.
 

Kemudahan-Kemudahan Di Sekeliling Atau Yang Berdekatan

Terdapat banyak kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling kursus kahwin Danau Kota, seperti:

1. Stesen minyak Shell dan Petronas.

2. ATM Maybank dan ATM CIMB di stesen minyak Shell dan Petronas ini.

3. Ada tempat basuh kereta.

4. Ada kedai runcit Speedmart.

5. Ada kedai makan – restoran dan kedai mamak.

6. Ada bengkel kereta sekiranya anda perlukan khidmat baiki kereta.

7. Laluan yang mudah dan sudah dikenali oleh bagi GRAB, UBER serta teksi.

8. Hanya 5-7 minit sahaja jaraknya dari stesen LRT Gombak.

9. Ada jualan Uptown apabila tiba waktu malam.
 

Hari Penganjuran

Anda boleh memilih untuk menyertai kursus kahwin pada:

1. Hari hujung minggu – setiap hari Sabtu dan Ahad.

2. Atau, pada hari bekerja (kursus kahwin hari bekerja) – setiap hari Rabu dan Khamis. Ianya KHAS bagi anda yang sibuk atau terpaksa bekerja pada hari hujung minggu.
 

Masa Penganjuran

Untuk kursus pada hari hujung minggu atau pada hari bekerja, masanya adalah:

1. Sabtu (atau Rabu)

a. 8-9 pagi – isi borang ringkas, ambil file dan buku, dan nikmati sarapan yang telah disediakan untuk anda.
b. 9 pagi – taklimat ringkas dan ceramah akan bermula.
c. 1 tengahari – para peserta menikmati makan tengahari yang telah disediakan.
d. 7 petang – kursus tamat pada hari pertama.

2. Ahad (atau Khamis)

a. 8.30 pagi – kursus akan bermula.
b. 10.30 pagi – para peserta menikmati makan pagi yang telah disediakan.
c. 2 petang – kursus tamat.

Waktu sebegini juga adalah sama bagi kursus kahwin hari bekerja pada hari Rabu dan Khamis.
 

Cara Berpakaian

Selepas anda telah membuat booking melalui call (Hotline 019 3300961) atau Whatsapp (http://kursuskahwincommy.wasap.my), anda akan menerima maklumat dari petugas tentang cara atau etika berpakaian sewaktu anda hadirkan diri untuk berkursus.

1. Bagi pihak lelaki

Smart kasual dengan memakai baju berkolar. Pakaian perlulah kemas, sopan serta tidak memakai jeans lusuh atau jeans terkoyak.

Dilarang memakai rantai, gelang, subang, cap atau topi sewaktu berkursus.

2. Bagi pihak perempuan

Memakai pakaian yang sopan, bertudung dan menutup aurat.

Paling bagus jika berbaju kurung atau berjubah.
 

Tarikh Penganjuran Kursus Kahwin Terkini

Setiap masa, anda boleh merujuk kalender tarikh penganjuran kursus kahwin di sepanjang tahun di kalender ini.

Sekiranya anda ingin membuat booking secara online pun boleh dengan hanya KLIK di tarikh kursus yang sesuai dengan anda dan pasangan di kalender tersebut.

Untuk melihat tarikh-tarikh penganjuran di bulan-bulan seterusnya, anda hanya perlu KLIK dan scroll pada bulan di sebelah atas kanan kalender tersebut.

[we_calendar defaultdate=”” cat=””]
 

Testimoni Atau Apa Kata Mereka Yang Sudah Jadi Peserta

Alhamdullillah. Di sepanjang tahun penganjuran, kursus kahwin Danau Kota sering mendapat review, feedback dan testimoni penganjuran yang positif dari para peserta.

Walaupun terdapat juga sedikit kekurangan – review, feedback dan testimoni positif dari para peserta sejak tahun 2013 telah membuktikan bahawa kursus kahwin Danau Kota berusaha untuk memastikan tahap kepuasan para peserta sentiasa dijaga dan diutamakan.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, jangan segan-segan untuk berbincang dengan team petugas yang akan segera membantu anda.

Di bawah adalah sebahagian dari review, feedback dan testimoni dari muda-mudi, bakal pengantin atau peserta yang telah menyertai kursus kahwin di Danau Kota.

kursus kahwin danau kota testimoni 1
 

kursus kahwin danau kota testimoni 2
 

kursus kahwin danau kota testimoni
 

Sijil Kursus Kahwin

Buat pengetahuan anda, di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (Wilayah Persekutuan), sijil kursus kahwin akan siap selama 2 setengah hari setelah anda tamat sertai kursus kahwin.

Bagi anda yang berada di kawasan yang berdekatan, anda boleh datang collect sijil kursus kahwin bila-bila masa mengikut waktu pejabat kursus kahwin Danau Kota.

Bagaimanapun, sekiranya anda datang dari kawasan atau negeri lain selain Kuala Lumpur atau Selangor, anda boleh meminta team petugas untuk menghantarnya melalui courier (PosLaju).

Petugas akan membantu anda untuk penghantaran dan folllowup dilakukan kepada syarikat courier ynag terlibat.
 

Yuran

Yuran yang telah ditetapkan oleh JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) adalah RM120 untuk setiap peserta.

Yuran ini adalah jumlah keseluruhan yang mana ianya sudah termasuk semua caj:

1. 3 kali makan-makan.

2. Buku Gerbang Perkahwinan.

3. Caj pengurusan dan alatulis.

4. 7 orang penceramah yang bertauliah, diiktiraf dan sah oleh JAWI, JAKIM dan Pejabat Mufti.

Pihak penganjur dilarang sama sekali untuk menambah atau mengurangkan yuran.

Serta amat dilarang mengenakan caj yang tersembunyi.

Sekiranya ada, anda boleh melaporkan terus kepada pihak JAWI atau JAKIM.
 

Cara Booking

Setelah memilih tarikh yang sesuai – anda dan pasangan boleh membuat pertanyaan dan membuat booking bila-bila masa sahaja melalui salah satu cara ini:

1. Booking melalui Whatsapp

Anda boleh Whatsappkan info setiap peserta, NAMA PENUH + NOMBOR IC + TARIKH KURSUS YANG DIPILIH ke Hotline 019 3300961.

Atau anda boleh KLIK LINK Whatsapp, http://kursuskahwincommy.wasap.my.

Team petugas Whastapp akan membantu anda.

2. Booking melalui call

Anda boleh call ke Hotline 019 3300961 dan berikan berikan maklumat seperti di atas kepada petugas Hotline.

3. Email

Anda boleh emailkan booking anda dengan memberikan info seperti di atas melalui email, kursuskahwin.com.my@gmail.com

4. Booking secara online di kalender

Anda juga boleh membuat booking terus dari kalender tarikh penganjuran kursus kahwin Danau Kota.

Anda hanya perlu klik pada tarikh di kalender tersebut dan mengisi borang ringkas di situ.
 
 

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau ingin membuat booking, anda boleh Whatsapp saya di Hotline 019 3300961.

Atau,

Anda boleh KLIK LINK Whatsapp ini, http://kursuskahwincommy.wasap.my.
 
 
 

Laman web rasmi: www.kursuskahwin.com.my
Blog: www.kursuskahwin.com.my/blog
 
 
Affendy Amin
 
 

Discover more from Kursus Kahwin Com My

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading