kursus kahwinKursus kahwin atau kursus pra perkahwinan telah diwajibkan kepada bakal pengantin sejak tahun 1990’an lagi yang mana ianya bertujuan untuk mendedahkan bakal pengantin kepada kehidupan sebenar pasangan sebelum dan selepas perkahwinan.

Ianya mengandungi hukum-hakam perkahwinan, soal hubungan pasangan dan keluarga, proses dan prosedur perkahwinan serta kisah-kisah benar rumahtangga yang boleh anda jadikan sempadan atau teladan.

Kursus kahwin ini berada di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Negeri. Ada Jabatan Agama Negeri yang dibantu oleh syarikat-syarikat swasta untuk melaksanakan kursus kahwin dan ada juga Jabatan Agama Negeri yang menganjurkannya sendiri.

Bagi negeri-negeri yang membenarkan syarikat-syarikat swasta membuat penganjuran, mereka perlulah mendapatkan kelulusan atau permit dari Jabatan Agama Negeri mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Permit penganjuran dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri dan ianya perlu diperbaharui dari tahun ke tahun. Dan pembaharuan permit ini amat bergantung kepada prestasi syarikat, kesalahan tata-tertib dan ianya pemantauan oleh Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Terdapat tujuh perkara penting yang anda perlu tahu tentang penganjuran kursus pra perkahwinan ini – dan nombor tujuh andalah perkara yang paling penting yang anda perlu ambil perhatian.

Berikut adalah tujuh perkara penting tersebut:

 

1. Pastikan pusat kursus kahwin itu mempunyai permit penganjuran yang sah dari Jabatan Agama Negeri.

Buat pengetahuan anda, sehingga kini terdapat dua jenis penganjuran kursus kahwin.

a. Penganjuran kursus perkahwinan yang dibuat oleh Jabatan Agama Negeri sendiri – seperti di negeri Kelantan atau Trengganu.

b. Penganjuran kursus perkahwinan anjuran syarikat-syarikat yang dilantik oleh Jabatan Agama Negeri.

Ianya bertujuan untuk membantu pihak Jabatan Agama Negeri dalam melaksanakan dan menguruskan penganjuran kursus kahwin ini – seperti di Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Perak, Johor.

Tanpa permit penganjuran, kursus tidak akan dapat dijalankan dan ianya bersalahan dengan peraturan Jabatan Agama Negeri.

Buat pengetahuan anda juga, di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) terdapat lebih kurang 30 syarikat-syarikat yang dikurniakan permit penganjuran.

Oleh itu, sekiranya anda tercari-cari di mana anda ingin menghadiri kursus kahwin, pastikan yang anda mengetahui dengan jelas nama syarikat penganjur yang mana selalunya ianya tertera di sebelah bawah laman web atau blog penganjur.

Jika anda was-was, anda dengan mudah dapat mengesahkan sama ada ianya dalah syarikat yang sah sebagai penganjur dengan hanya menghubungi Jabatan Agama Negeri di bahagian perkahwinan.

Dengan ini, ianya boleh mengelakkan anda dari mengikuti kursus kahwin yang tidak diiktiraf atau tidak sah.

 

2. Untuk layak mendapat sijil kursus kahwin, bakal pengantin wajib hadir dan mengikuti kesemua modul yang telah disediakan.

Buat pengetahuan anda, sewaktu menghadiri kursus, bakal pengantin perlu mengikuti modul-modul pembelajaran seperti di bawah dan mereka perlu menandatangani kehadiran setelah selesai setiap modul ini. Dan ianya akan disahkan oleh setiap penceramah bagi setiap modul.

Contohnya – untuk kursus di bawah tanggungjawab JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terdapat 7 modul wajib MBKPPI – JAWI/JAKIM.

a. Akidah & Ibadah
b. Akhlak Hubungan Dalam Keluarga
c. Pengurusan Kesihatan Keluarga
d. Perkahwinan & Prosedur
e. Pengurusan Tekanan Dan Konflik
f. Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Kewangan Dan Masa
g. Perkhidmatan Runding Cara & Pembubaran Perkahwinan

Manakala untuk kursus kahwin Perak (saya ambil contoh kursus kahwin Taiping) adalah sebegini.

Hari pertama:

a. Akidah Islamiah.
b. Ibadah Islamiah.
c. Akhlak Islamiah Suami Isteri.
d. Prosedur Dan Perkahwinan Menurut Islam.
e. Hubungan Kekeluargaan.
f. Pengurusan Masa Dan Kewangan Dalam islam.
g. Perkhidmatan Runding Cara & Pembubaran Perkahwinan

Hari kedua:

a. Pengurusan Stress Dan Konflik Suami Isteri.
b. Komunikasi Suami Isteri.
c. Pengurusan Kesihatan.
d. Pengurusan Talaq/Fasakh.
e. Rundingcara Dan Penyampaian Sijil Kursus Kahwin.

Untuk mana-mana modul yang tertinggal, bakal pengantin perlulah mengulangi modul yang teringgal sahaja sebelum layak mendapat sijil kursus kahwin.

 

3. Jenis penganjuran kursus kahwin

Terdapat dua jenis penganjuran kursus:

a. Kursus kahwin hari hujung minggu – Sabtu dan Ahad

Ini adalah penganjuran yang lazim bagi kursus kahwin di mana-mana negeri di seluruh Malaysia sama ada penganjuran oleh Jabatan Agama Negeri atau anjuran syarikat-syarikat penganjur.

b. Kursus kahwin hari bekerja – Rabu dan Khamis

Ianya juga dipanggil kursus kahwin hari biasa atau kursus kahwin Rabu dan Khamis atau pun kursus kahwin hari weekdays.

Ianya disediakan khas untuk menbantu bakal pengantin yang amat sukar untuk menghadiri kursus pada hujung minggu kerana masalah masa dan kerja.

Dan ianya juga disediakan khas buat bakal pengantin yang sudah mempunyai tarikh nikah, yang urgent nak mendapatkan sijil kursus kahwin atau yang tidak dapat menunggu tarikh kursus dari Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat hanya beberapa pusat kursus kahwin sahaja yang menganjurkan kursus kahwin hari bekerja.

Buat pengetahuan anda, pusat kursus kahwin yang popular di kalangan bakal pengantin atau muda-mudi yang tercari-cari pusat kursus kahwin hari bekerja adalah di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat pengetahuan anda, kursus kahwin Danau Kota menganjurkan kursus hari bekerja pada setiap hari Rabu dan Khamis setiap minggu, setiap bulan.

Untuk info, anda boleh lihat tarikh-tarikh kursus hari bekerja di laman web www.kursuskahwin.com.my/daftar.

Atau anda boleh terus hubungi atau Whatsapp Hotline 019 3300961.

 

4. Waktu kursus kahwin

Pastikan anda mengetahui waktu kursus yang tepat supaya anda tidak terlewat sampai atau tidak sempat bersarapan.

Bergantung kepada berapa lama anda terlewat, penceramah sesuatu modul mungkin tidak akan membenarkan anda masuk ke dewan ceramah atau beliau akan meminta anda mengulangi modul tersebut pada minggu selepas itu.

Sebagai info, inilah waktu kursus di Kuala Lumpur:

a. Sabtu (atau Rabu) – 8-9 pagi: Isi borang, ambil file dan sarapan (sarapan disediakan).

Kursus bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang (makan tengahari disediakan).

b. Ahad (atau Khamis) – kursus disambung pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 2 petang (makan pagi disediakan jam 9.30 pagi).

Manakala untuk kursus kahwin Perak (saya ambil contoh kursus kahwin Taiping):

a. Sabtu – 7.30-8.30 pagi: Isi borang, ambil file dan sarapan (sarapan disediakan).

Kursus bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang (makan tengahari disediakan).

b. Ahad – kursus disambung pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang (makan pagi dan makan pagi disediakan.

 

5. Cara berpakaian ke kursus kahwin

Setiap negeri mempunyai tatacara atau peraturan cara berpakaian yang asanya sama tetapi mungki ada sedikit perbezaan.

Secara asasnya pakaian yang dipakai sewaktu anda hadir ke kursus perlulah sopan dan menutup aurat.

Bagi kursus kahwin Kuala Lumpur, anda perlulah mematuhi cara berpakaian sebegini.

Lelaki

Smart kasual, sopan, tidak memakai gelang atau subang, tidak memakai topi atau cap, tidak memakai pakaian yang lusuh dan koyak (fesyen jeans koyak). Dan sekiranya memakai t-shirt, pastikan yang ianya berkolar.

Perempuan

Sopan, bertudung dan tutup aurat. Paling bagus jika berbaju kurung atau berjubah. Sekiranya anda memakai seluar, pastikan anda memakai baju yang labuh – selabuh baju punjabi.

 

6. Masih belum ada ujian bertulis atau ujian lisan

kursus kahwin 2018Sebenarnya, ujian tahap kefahaman pengetahuan agama Islam di awal dan di akhir kursus sudahpun dinyatakan oleh Menteri pada tahun 2013. Ianya bertujuan untuk mengukur sejauh mana kefahaman para peserta sebelum dan selepas tamatnya kursus.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini di tulis, ujian ini – sama ada dalam bentuk ujian bertulis atau ujian lisan – masih belum dilaksanakan.

Meskipun begitu, pihak penganjur telah bersiap-sedia untuk menerima arahan dari Jabatan Agama sekiranya ianya akan dilaksanakan kelak.

 

7. Simpan dokumen, maklumat dan hotline penganjur elok-elok

Perkara ini adalah perkara yang paling penting.

Ini kerana sekiramya anda ambil sikap sambil lewa dengan tidak menyimpan dokumen – seperti resit pembayaran yuran, maklumat atau nombor hotline penganjur – anda bakal menghadapi masalah sekiranya anda kehilangan sijil kursus atau sekiranya sijil kursus anda rosak.

a. Kursus kahwin anjuran Jabatan Agama Negeri

Bagi anda yang mengikuti kursus anjuran Jabatan Agama Negeri, anda boleh terus menghubungi Jabatan Agama Negeri di mana anda mengikuti kursus untuk mendapatkan sijil kursus yang baru. Tetapi anda perlu memberikan maklumat lengkap seperti nombor kad pengenalan anda, tarikh dan lokasi di mana anda menghadiri kursus.

b. Kursus kahwin anjuran syarikat-syarikat penganjur

Dan sekiranya anda mengikuti kursus anjuran syarikat-syarikat lantikan dari Jabatan Agama Islam Negeri – contohnya di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) – anda perlu mengubungi semula syarikat penganjur untuk mendapatkan ‘surat pengesahan kehadiran kursus dari syarikat penganjur ini. Setelah anda mendapat surat pengesahan kehadiran kursus ini, barulah anda boleh ke Jabatan Agama Negeri untuk mendapatkan sijil kursus kahwin yang baru.

Untuk menpercepatkan proses pengeluaran surat pengesahan kehadiran kursus, anda perlulah memberikan maklumat anda seperti nombor kad pengenalan, tarikh anda menghadiri kursus dan lokasinya.

c. Kursus kahwin anjuran kolej, universiti, persatuan atau pertubuhan

Menyimpan dokumen, maklumat dan nombot hotline penganjur juga menjadi sangat penting jika anda mengikuti kursus anjuran secara berkumpulan seperti di kolej, universiti, persatuan atau pertubuhan.

Seringkali berlaku apabila para peserta mengikuti kursus  anjuran secara berkumpulan ini, mereka menyangka bahawa sijil kursus mereka dikeluarkan oleh pihak kolej, universiti, persatuan atau pertubuhan mereka – tanpa menyedari bahawa syarikat penganjur adalah pihak yang sebenarnya bertanggungjawab sekiranya sijil kursus mereka hilang atau rosak.

Oleh itu, simpan semua maklumat yang ada – resit pembayaran yuran, maklumat syarikat penganjur dan nombor hotline syarikat penganjur elok-elok.

Jika tidak, anda akan membuang masa, tenaga malah wang untuk mendapatkan sijil kursus kahwin yang baru.

 

Nota:

Anda boleh membuat booking kursus kahwin semudah Whatsapp ke Hotline 019 3300961.

Atau,

Anda boleh lihat tarikh terkini, jumlah seat “real time”, lokasi, waktu kursus, yuran dan pendaftaran secara online di www.kursuskahwin.com.my

Admin
Profile
Shares