petua rumahtanggaHubungan suami isteri adalah satu hubungan yang agak rumit.

Apabila seorang lelaki dan perempuan sudah hidup serumah ianya agak berbeza berbanding dengan sewaktu belum
berkahwin. Ada bezanya.

Ketika masih sedang bercinta, banyak sikap sebenar pasangan masih belum terserlah kerana pada masa itu,
masing-masing cuba manjaga tingkah laku dan cuba menjaga hati pasangan sebaik mungkin.

Dan apabila selepas berkahwin serta masa berlalu, secara perlahan-lahan barulah sikap dan perangai sebenar
pasangan akan terserlah – satu-satu.

Pada ketika ini, setiap pasangan hendaklah saling menerima kelebihan dan kekurangan sikap dan perangai
pasangan masing-masing. Ada sikap dan perangai yang boleh diubah dan ada yang kekal sejak azali.

Kali ini, fokus adalah kepada diri seorang wanita yang bakal menjadi seorang isteri.

Apabila sudah berrumahtangga, anda mungkin akan menghadapi beberapa cabaran hebat disebabkan adanya sikap-
sikap suami yang mungkin anda tidak tahu atau sedari.

Bukan semua suami bersikap begini. Tetapi anda perlu tahu lebih awal untuk membuka minda serta bersedia
menghadapi cabaran-cabaran ini dengan cara-cara yang betul.

Begini cabaran-cabarannya:
 

1. Suami Terpaksa Lebihkan Masa Bekerja

Dengan suasana kos sara hidup yang tinggi – terutama di Lebah Kelang – seorang isteri tidak boleh lagi
mengharapkan suaminya selalu ada di sampingnya.

Suami yang bekerja di zaman ini mungkin tidak lagi dapat menyeimbangkan masa atau melebihkan masa untuk
bersama isteri dan anak-anak.

Walaupun ramai suami yang cuba sedaya-upaya mencari keseimbangan masa ini, ramai yang gagal mencapainya.

Lainlah kalau suami adalah seorang yang sudah kaya atau mempunyai pendapatan-pendapatan lain yang kurang
kebergantungan kepada kerja.

Jika suami yang terlibat di dalam perniagaan, lebih banyak masa akan dihabiskan untuk memastikan bisnesnya
hidup dan berjalan lancar.

Paling teruk jika suami itu sendiri yang bersikap gila bekerja. Pergi ke tempat kerja atau balik rumah,
tiada lain yang diingatnya selain dari kerja.

Malah bercakap dengan isteri sendiri pun pasal hal-ehwal kerja!

 

2. Suami Tidak Mampu Urus Kewangan Diri Dan Keluarga

Terdapat juga suami yang sukar menguruskan kewangan diri dan keluarga disebabkan kos sara hidup yang
tinggi, suami bergaji kecil atau kerja tidak stabil.

Oleh itu, kewangan tidak stabil dan duit selalu tidak cukup. Dengan kata lain – kais bulan, makan bulan.

Ada juga suami yang masih belum terdedah, kurang mahir atau tiada langsung ilmu pengurusan kewangan
peribadi dan keluarga.

Ini akan menimbulkan kesukaran bagi pasangan untuk sama-sama merancang untuk masa depan seperti persediaan
untuk membeli rumah sendiri, ada pelindungan insurans atau memulakan tabungan anak-anak.

Lebih teruk lagi jika sikap suami itu sendiri yang boros dan suka berbelanja tanpa memikirkan kesannya
kepada kewangan diri dan keluarga.

Paling teruk jika mempunyai banayak hutang. Hutang lama belum selesai, sudah ingin ditambh pula hutang yang
baru.


 

3. Suami Yang Melebihkan Hobi Berbanding Isteri

Ada isteri yang merungut dan tidak puashati hanya kerana hobi suami.

Apabila isteri ajak suami keluar jalan-jalan atau ke shopping mall, suami sering susah hendak tunaikan
kemahuan isteri. Tetapi suami sanggup pulakerap tinggalkan isteri kerana hobi memancing atau tengok bola.

Ada juga kes di mana suami sering tidak sanggup hendak hadiahkan isteri baju atau bag tetapi dia sanggup
pula habiskan banyak duit modified kereta atau motor.

Lebih teruk lagi jika hobi suami dan hobi isteri adalah hobi yang berlawanan dan jauh bezanya.

 

4. Suami Yang Melebihkan Ibu Atau Familinya Berbanding Isteri

Suami sebegini sering membuat keputusan atau tindakan yang menyebelahi ibu atau familinya.

Malah suami lebih mendengar nasihat atau pendapat ibu atau familinya melebihi nasihat atau pendapat
isterinya.

Apabila ini berlaku, ianya sering menimbulkan rasa tidak puashati isteri.

Meskipun ibu dan familinya adalah orang yang paling tinggi kedudukannya bagi suami, suami perlu pandai
mencari jalan tengah untuk memuaskan hati ibu, famili dan isterinya.

Palik teruk jika si suami mempunyai ciri-ciri anak emak di mana dia tidak berani membuat sebarang keputusan
sendiri walaupun sudah berumahtangga dan hidup sendiri.

Semua keputusan atau perkara perlu dirujuk kepada ibu atau familinya terlebih dahulu.

Dan nasihat dan pandangan isteri jarang diminta atau jarang didengarnya.

 

5. Suami Yang Bersikap Tidak Ambil Kisah

Jangan terkejut jika anda baru tahu yang ada suami yang tidak ambil kisah tentang hal-hal rumahtangga.

Suami sebegini tidak kisah tentang kewangan keluarga, tentang kominukasi suami istei, malah juga tidak
kisah tentang penyediaan hal-ehwal keperluan rumahtangga.

Hampir setiap setiap perkara disiapkan oleh isteri seperti makan-minum, mengemas rumah, basuh pakaian, urus
duit, membeli barangan keperluan rumahtangga, siapkan anak-anak atau duduk bersama-sama anak-anak siapkan
kerja sekolah.

Suami sebegini tinggal di dalam dunianya sendiri dan akan biarkan isterinya seorang sahaja yang selesaikan
banyak hal-ehwal rumahtangga.

Sehinggakan hal-hal keluarga kedua-dua belah pihak pun dia tidak ambil kisah.


 

6. Suami Yang Amat Berahsia Dengan Isteri

Suami sebegini sering membuatkan isterinya tertanya-tanya dan rasa syak wasangka.

Hal kerja, rahsia. Hal kawan-kawan, rahsia. Nak ke mana-mana pun susah nak beritahu isteri sendiri.

Ini memberikan cabaran yang besar kepada isteri kerana perkara-perkara ini sering menimbulkan syak-wasangka
yang tidak berkesudahan.

Paling rahsia adalah handphonenya. Jangan cuba usik-usik handphonenya. Nanti perang besar!

 

7. Suami Yang Sukar Menerima Nasihat Dan Teguran

Hampir semua lelaki ada egonya yang tersendiri. Dan ego ini sebenarnya bersesuaian dengan watak suami
sebagai ketua keluarga.

Bagaimanapun, ada kalanya keputusan dan perkara yang akan dilakukan oleh suami secara terang-terang tidak
tepat atau salah.

Dalam hal ini, ada suami yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa keputusan atau perkara yang akan
dibuatnya itu memang tidak tepat atau salah.

Keadaan ini sering menaikkan kemarahan suami kerana suami berasa tercabar. Jadi keputusan atau perkara yang
tidak betul itu akan berterusan kerana si isteri tidak mampu mengubah apa-apa.
Sebenarnya tedapat banyak lagi sikap-sikap suami yang bakal isteri perlu tahu.

Kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj – pakar motivasi dan hubungan – ada suami yang berubah selepas kahwin
kerana:

1. Orang sekeliling

2. Kerjaya

3. Ekonomi dan sosial

4. Fitrah

Malah, kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, terdapat 42 lagi cabaran besar yang perlu diketahui dan ditangani
oleh isteri. Ianya adalah:

1.  Suami Tidak Bekerja
2. Suami Pengurus Rumahtangga
3. Suami Lemah Mental
4. Suami Tak Rasional
5. Suami Paksa Tinggal Dengan Mertua
6. Suami Lemah Tenaga Batin
7. Suami Berjawatan Besar
8. Suami Berniaga
9. Suami Miang Keladi
10. Suami Bodo-Bodo
11. Suami Jawatan Rendah
12. Suami Hensem
13. Suami Kememer
14. Suami ‘Bisu’
15. Suami Kaki Melaram
16. Suami Simpan Perempuan
17. Suami Kaki Kelentong
18. Suami Kaki Disco/Kelab Malam
19. Suami Toleh
20. Suami Kaki Betina
21. Suami Terlalu Taat Ibu Bapa
22. Suami Workaholic
23. Suami Tidak Penyayang
24. Suami Homoseksual
25. Suami Panas Baran
26. Suami Ramai Peminat
27. Suami Terlalu Tua
28. Suami Fanatik Pada Ajaran Tertentu
29. Suami Jiwang Karat
30. Suami Pucuk Muda
31. Suami Aktif Bermasyarakat
32. Suami Kejam
33. Suami Terlalu ‘Kuat’
34. Suami Abai Mertua
35. Suami Lemah Pengamalan Agama
36 Suami Ada Anak Tiri
37. Suami Beristeri Lebih
38. Suami Kuasa Veto
39. Suami Berpenyakit Sukar Sembuh
40. Suami Aktivis Politik
41. Suami Putar Alam
42. Suami Satu Sen Tak Guna

 

Apabila melihatkan senarai sikap dan perangai suami ini, mungkin ini akan merisaukan anda yang bakal
bergelar seorang isteri.

Bukan semua suami begini. Tetapi anda perlu ada ilmu bagaimana anda boleh menghadapi situasi, sikap serta
perangai suami ini awal-awal lagi.

Kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, dia akan terangkan bagaimana untuk:

1. 11 jenis persepsi suami terhadap isteri. Dengan kata lain bagaimana isteri boleh melihat apa yang ada di
dalam kepala suami.

2. Apa yang patut isteri lakukan?

3. Teknik ajaib untuk menguasai suami

4. Formula penyelesaian total

5. Doa untuk menguasai suami

Serta banyak lagi yang Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj bakal tunjukkan kepada anda.

Ketahui ilmu ini awal-awal lagi. Klik Suami Unggul

 

Semoga anda dan pasangan bahagia selalu hingga ke Jannah.

😀
 
 
 

Shares