Apa dia perkara-perkara yang dikongsikan dalam kursus kahwin?
Mungkin ramai bakal pengantin atau muda-mudi yang masih belum tahu tentang hal ini.
Dan mungkin ramai yang ingat masuk kursus kahwin ni duduk tegak menyandar di kerusi tak bergerak-gerak macam duduk dalam kelas sekolah. Kat depan, yang mengajar adalahcikgu besar atau cikgu penolong kanan.
Bukan macam tu ye.
Dalam kursus kahwin, anda adalah orang-orang dewasa yang bakal menempuh alam rumah tangga atau dunia perkahwinan yang sebenar.
Semua subjek atau modul ini akan dikongsikan oleh penceramah-penceramah yang bertauliah yang memang expert dalam bidang masing-masing.
Pleh itu, anda sebagai orang-orang dewasa amat digalakkan bertanya atau berkongsi sebarang masalah atau kemusykilan anda.
Kalau anda agak malu hendak bertanya sewaktu modul sedang dibentangkan, anda boleh bertanya habis-habis apabila sesi modul itu tamat.
Insya Allah. Penceramah-penceramah kursus kahwin ini akan mencuba yang terbaik untuk membantu dan memberikan panduan kepada anda.
Subjek atau modul-modul kursus kahwin Kuala Lumpur
1. Akidah dan ibadah
Jangan main-main dengan modul ni. Akidah ini penting sangat. Terutama kepada pihak lelaki yang akan menjadi ketua keluarga yang mana anak-anak dan isteri perlu dididik dengan akidah dan hukum-hakam harian yang betul.
2. Pengurusan kesihatan keluarga
Bab-bab kebersihan dan kesihatan keluarga ini memang penting dan perlu dijaga sentiasa. Memahami kesihatan pemakanan, kesihatan seksual dan lain-lainnya yang berakitan boleh mencegah dan mnegelakkan penyakit dari rumah tangga anda.
3. Perkhidmatan runding cara dan pembubaran perkahwinan
Semua pasangan inginkan kebahagiaan di dalam rumah tangga. Bagaimanapun ada kalanya berlakunya perselisihan dan ketidakpuasan hati. Jadi, bagaimanakah anda nak menghadapinya? Kepada siapakah anda boleh mengadu? Dan apabila berlakunya perpisahan, apakah yang anda perlu lakukan? Apakah hak anda? Apakah hak pihak lelaki dan pihak wanita? Penting sangat untuk anda tahu.
4. Akhlak hubungan dalam keluarga
Bagaimanakah contoh-contoh terbaik yang anda boleh follow untuk menjaga akhlak dalam rumah tangga? Apakah contoh teladan dan contoh-contoh cerita sebenar dalam rumah tangga yang anda perlu tahu?
5. Pengurusan tekanan dan konflik
Ini subjek yang cukup penting di dalam suasana hidup masa kini yang sibuk dan stress. Jangan biarkan kesibukan dan stress menjadikan rumah tangga anda kusam, tawar atau tidak bahagia. Kawalnya dari awal-awal lagi.
6. Komunikasi suami isteri dan pengurusan kewangan dan masa
Orang lelaki dan perempuan menpunyai karekter, pemikiran, hati, sikap dan keinginan yang agak berbeza. Kenalilah siapa orang lelaki dan siapakah orang perempuan yang sebenarnya – perbezaan dan persamaannya. Dan bagaimanakah orang lelaki dan orang perempuan boleh hidup dengan aman bahagia walaupun adanya perbezaan-perbezaan ini. Anda akan dikongsikan dengan cerita-cerita sebenar rumah tangga. Ada yang sedih dan ada yang kelakar.
7. Perkahwinan dan prosedur
Dalam subjek ini, anda akan dikongsikan tentang bagaimana anda hendak memohon kelulusan pernikahan anda. Apa yang anda nak buat sekiranya permohonan anda dan pasangan berlainan negeri, dokumen apa yang nak disediakan, macamana nak memohon, hal saksi dan wali. Penting sangat untuk anda tahu sekiranya anda nak permohonan anda berjalan dengan lancar.
Lihat apa kata salah seorang peserta yang telah selesai menghadiri kursus kahwin baru-baru ini di kursus kahwin Danau Kota.
Atau
Anda boleh buat booking secara online di www.kursuskahwin.com.my
p.s. Mohon sharekan artikel ini kepada rakan-rakan anda juga ye.
p.p.s. Anda boleh terus Whatsapp saya sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Jangan lupa, 019 3300961.