Sejak bolg kursus kahwin ini dilancarkan pada tahun 2016, setiap hari saya dan Team telah menerima berbagai-bagai soalan, pertanyaan dan kemusykilan dari bakal pengantin dan muda-mudi yang bakal berkahwin atau yang hanya ingin sertai kursus kahwin Kuala Lumpur.
Untuk memudahkan anda, saya telah menyusun soalan, pertanyaan dan kemusykilan ini dalam bentuk Q & A.
Di antara Q & A ini adalah:
Q. Boleh ke saya masuk kursus kahwin walaupun saya masih single atau bujang?
A. Ya, boleh. Walaupun anda masih belum ada pasangan atau masih belum ada tarikh nikah, anda boleh ikuti kursus kahwin. Ramai muda-mudi seperti anda yang telah ikuti kursus kahwin di sini.
Ini kerana, sijil kursus kahwin dari JAWI adalah sijil kursus kahwin yang SAH LAKU SEUMUR HIDUP dan TIADA TARIKH LUPUT.
Simpan elok-elok, jangan laminate dan gunakannya apabila anda sudah sampai jodoh nanti.
Q. Betul ke kursus kahwin di Kuala Lunpur tiada ujian?
A. Ya, betul tu. Walaupun ujian lisan atau ujian bertulis telah dinyatakan oleh menteri di akhbar tidak lama dulu, ujian sewaktu kursus kahwin masih belum dijalankan atau dilaksanakan. Uleh itu, kursus kahwin Kuala Lumpur masih belum ada ujian lisan atau ujian bertulis.
Sehingga kini, ramai muda mudi telah ambil kesempatan mengikuti kursus perkahwinan sewaktu ujian masih belum diwajibkan.
Q. Dokumen apa yang saya perlu bawa sewaktu hadir ke kursus kahwin?
A. Anda cuma perlu bawa 1 salinan IC sahaja untuk setiap seorang peserta. Itu saja.
Q. Nak berpakaian macamana sewaktu saya ke kursus kahwin?
A. Sewaktu menghadiri kursus kahwin, peserta lelaki boleh pakai kasual tetapi pastikan pakai baju berkolar. Elakkan pakai topi, rantai atau apa-apa pakaian yang tidak sopan.
Untuk peserta wanita pula, pakai pakaian yang sopan dan tutup aurat. Seelok-eloknya pakai baju kurung atau berjubah. Elakkan pakai seluar atau tidak pakai tudung.
Q. Bolehkah saya beli sijil kursus kahwin atau bolehkah saya dapat sijil kursus kahwin tanpa saya hadir ke kursus kahwin?
A. Buat pengetahuan anda, untuk melayakkan anda memperolehi sijil kursus kahwin, anda dikehendaki hadir ke kursus kahwin dan anda perlu hadir ke semua 7 modul kursus kahwin yang bersamaan dengan 13 jam modul kursus kahwin.
Setiap modul pengajaran akan disampaikan oleh 7 orang tenaga pengajar (penceramah) yang berlainan. Dan apabila setiap modul pengajaran selesai, ianya akan memerlukan tandatangan anda dan penceramah yang terlibat.
Jika terdapat 7 modul pengajaran, bermakna anda perlu menandatangai 7 kali di senarai kehadiran peserta bersama tandatangan setiap penceramah.
Jadi, melihatkan proses ini, adalah amat mustahil jika anda boleh mendapatkan sijil kursus kahwin tanpa menghadiri ke kursus kahwin.
Apa yang penting, kursus kahwin ini tak lama – 1 hari setengah sahaja.
Dan mengikut jadual, kursus kahwin akan tamat pada waktu tengahari (2 petang) pada hari ke 2 kursus kahwin.
Q. Berapakah yuran kursus kahwin Kuala Lumpur?
A. Buat pengaetahuan anda, yuran kursus kahwin di kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajya, Labuan) ini ditetapkan oleh pihak JAWI.
Ianya adalah RM120 untuk setiap peserta – tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang.
Dan ianya TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengandungi caj tambahan atau caj tersembunyi.
Dengan kata lain, yuran ini sudah termasuk:
- 3 kali makan-makan di sepanjang waktu kursus kahwin
- Buku Gerbang Perkahwinan akn diberikan kepada setiap peserta
-
File dan sedikit alatulis
-
Sijil kursus kahwin yang TIDAK EXPIRED dan SAH LAKU SEUMUR HIDUP
-
7 orang tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman yang akan membantu jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah. Tanya habis-habis kepada mereka sebelum kursus kahwin tamat.
Q. Macamana aturcara dan masa kursus kahwin?
A. Setiap penganjuran kursus pra perkahwinan Islam (MBKPPI – JAWI/JAKIM) di kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) mempunyai aturcara dan masa yang hampir sama.
- PILIHAN ATURCARA DAN MASA 1: Ada pusat kursus kahwin Kuala Lumpur yang memulakan kursus di sebelah pagi pada hari yang pertama. Dan kursus akan tamat pada tengahari pada hari yang kedua.
-
PILIHAN ATURCARA DAN MASA 2: Dan ada juga pusat kursus kahwin Kuala Lumpur yang memulakan kursus di sebelah petang pada hari yang pertama. Dan kursus akan tamat pada lewat petang pada hari yang kedua.
Untuk kursus kahwin Danau Kota dan kursus kahwin Gombak anda akan menjalani aturcara dan masa 1 yang mana kursus kahwin akan tamat pada tengahari pada hari yang kedua.
Ianya membolehkan anda mempunyai lebih masa untuk anda menyelesaikan perkara-perkara lain di sebelah petang pada hari kedua.
ATURCARA DAN MASA KURSUS KAHWIN DANAU KOTA DAN KURSUS KAHWIN GOMBAK
HARI PERTAMA (Hari Sabtu atau Rabu)
- 8-9 pagi: isi borang ringkas, ambil file dan buku dan bersarapan (sarapan disediakan)
-
9-10 pagi: MODUL AKIDAH & IBADAH
-
11 pagi – 1 tengahari: MODUL AKHLAK, HUBUNGAN DALAM KELUARGA
-
1 tengahari – 2 petang: SOLAT ZOHOR / MAKAN TENGAHARI (makan tengahri disediakan)
-
2-4 petang: MODUL PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA
-
4-4.30 petang: SOLAT ASAR / REHAT / VIDEO
-
4.30-6.30 petang: MODUL PERKAHWINAN & PROSEDUR
HARI KEDUA (Hari Ahad atau Khamis)
- 8.30-9.30 pagi: MODUL PENGURUSAN TEKANAN DAN KONFLIK
-
9.30-10 pagi: REHAT/ MINUM PAGI / VIDEO (minum pagi disediakan)
-
10 pagi – 12 tengahari: MODUL KOMUNIKASI SUAMI ISTERI & PENGURUSAN KEWANGAN DAN MASA
-
12 tengahari – 2 petang: MODUL PERKHIDMATAN RUNDINGCARA & PEMBUBARAN PERKAHWINAN
-
2 petang: kursus kahwin tamat
Q. Permohonan perkahwinan secara online? (BNO)
A. Tahukah anda sekiranya anda ini membuat permohonan berkahwinan di 6 negeri ini, anda boleh memohon secara online memnggunakan sistem SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)?
Q. Apakah dia sistem SPPIM?
A. SPPIM adalah sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.
Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohanan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.
Q. Apakah 6 negeri yang mana pemohon mesti menggunakan sistem SPPIM ini?
A. 6 negeri yang menggunakan sistem SPPIM ini adalah:
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
-
Perak
-
Kedah
-
Perlis
-
Negeri Sembilan
-
Melaka
Q. Apakah yang menyebabkan bakal pengantin mesti menggunakan sistem permohonan berkahwinan secara online? (BNO)
A. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan, bakal pengantin MESTI menggunakan sistem permohonan berkahwinan secara online ini (BNO) sekiranya:
- Kedua-dua bakal pengantin atau penohon adalah dari negeri-negeri yang menggunakan sistem SPPIM – Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan), Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.
-
Salah seorang dari bakal pengantin atau pemohon adalah dari negri-negeri yang menggunakan sistem SPPIM.
-
Kedua-dua bakal pengantin atau pemohon adalah dari negeri-negeri yang tidak menggunakan sistem SPPIM tetapi MAJLIS AKAD NIKAH AKAN BERLANGSUNG DI NEGERI-NEGERI YANG MENGGUNAKAN SISTEM SPPIM.
Q. Bilakah sepatutnya bakal pengantin atau pemohon membuat permohonan berkahwin secara online menggunakan sistem SPPIM?
A. Bakal pengantin atau pemohon MESTI MEMASTIKAN yang tarikh cadangan berkahwinan TIDAK MELEBIHI 90 HARI dari tarikh permohonan.
Sekiranya anda mempunyai lain-lain pertanyaan atau kemusykilan tentang kursus kahwin Kuala Lumpur, anda boleh hubungi atau Whatsapp saya di Hotline 019 3300961.
Atau anda boleh lihat tarikh terkini, jumlah seat “real time”, lokasi penganjuran, yuran atau buat pendaftaran kursus kahwin secara online di www.kursuskahwin.com.my/daftar