Pernah dengar tentang kursus kahwin hari bekerja?

Anda nak booking kursus kahwin pada hari hujung minggu tetapi seat selalu penuh.

Anda perlu que dan tunggu tarikh nak masuk kursus pada minggu-minggu atau bulan-bulan yang lain sedangkan tarikh perkahwinan anda sudah dekat.

Anda rasa cemas dan risau-risau kerana, maklumlah, banyak urusan yang anda dan pasangan perlu settlekan sebelum tibanya hari pernikahan anda.

Buat pengetahuan anda, selain dari kursus kahwin hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad), anda juga boleh mendapatkan khidmat kursus kahwin hari bekerja.

Ianya juga dipanggil kursus kahwin hari biasa atau kursus kahwin hari Rabu dan Khamis, ataupun kursus kahwin weekdays, disediakan khas untuk bakal pengantin.

Tujuan utama kursus kahwin hari bekerja ini adalah untuk membantu anda dan pasangan mengikuti kursus dan menperolehi sijil kursus kahwin sekiranya anda dan pasangan menghadapi masalah untuk mendapatkan seat untuk berkursus pada hari Sabtu dan Ahad.

Seperti yang anda tahu, sijil kursus kahwin ini adalah dokumen wajib yang diperlukan oleh mana-mana bakal pengantin untuk melengkapkan dokumen permohonan kelulusan nikah dari Jabatan Agama Negeri.

Pada masa ini, terdapat dua pusat kursus kahwin yang popular yang menyediakan khidmat kursus kahwin hari bekerja di Kuala Lumpur, yang mana penganjurannya adalah pada setiap hari Rabu dan Khamis setiap minggu, setiap bulan.

Ianya adalah di:

1. Kursus Kahwin Danau Kota 

2. Kursus kahwin Gombak

Sehingga pada masa ini terdapat ramai bakal pengantin dari negeri Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Trengganu, Pahang, Johor dan malah sejauh Sabah dan Sarawak yang datang mengikuti kursus kahwin hari bekerja di dua pusat kursus ini.

Walaupun anda datang dari negeri-negeri di luar Kuala Lumpur, sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini SAH LAKU untuk digunakan oleh mana-mana Jabatan Agama Negeri di seluruh Malaysia – malah ianya TIADA tarikh luput.

Untuk melihat dan memilih tarikh yang sesuai, anda dan pasangan boleh lihat tarikh-tarikh penganjuran kursus perkahwinan di dalam kalender di bawah ini – dari sekarang sehingga ke bulan Disember 2018 (klik pada arah anak panah untuk memilih bulan-bulan yang sesuai).

Sekiranya anda dan pasangan sudah dapat tarikh kursus kahwin yang sesuai, anda boleh membuat booking dengan Whatsapp ke 019 3300961.

Atau

Anda boleh buat booking secara online di www.kursuskahwin.com.my

Affendy Amin

p.s. Mohon sharekan artikel ini kepada rakan-rakan anda juga ye.

p.p.s. Anda boleh terus Whatsapp saya sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Jangan lupa, 019 3300961.


Related Post

Shares