Kat Mana Ada Penganjuran Kursus Kahwin Hari Bekerja?

kursus kahwin hari bekerjaSetiap minggu tedapat ramai muda-mudi yang sedang merancang untuk berkahwin atau sedang membuat persiapan majlis perkahwinan, tetapi mereka agak sukar untuk menghadiri kursus kahwin pada hari Sabtu dan Ahad. Kecuali kalau mereka boleh hadir ke kursus kahwin hari bekerja.

Begitu juga bagi muda-mudi yang datang dari luar kawasan Kuala Lumpur yang terpaksa que panjang menanti giliran untuk masuk kursus kahwin di Jabatan Agama Negeri masing-masing pada Sabtu dan Ahad sedangkan tarikh kahwin atau tarikh nikah sudah dekat.

Secara kasarnya, muda-mudi atau bakal pengantin ini tidak dapat menghadirkan diri di kursus perkahwinan pada hari hujung minggu disebabkan oleh:

1. Muda-mudi ini terpaksa bekerja pada hari hujung minggu.

2. Muda-mudi ini kena masuk kelas belajar pada hari hujung minggu.

3. Muda-mudi ini sibuk dengan aktiviti berpersatuan, aktiviti sukarelawan atau aktiviti sukan.

4. Lama sangat menunggu que untuk masuk ke kursus kahwin di Jabatan Agama Negeri masing-masing pada hari hujung minggu kerana list que yang panjang.

5. Tidak suka menghadiri kursus kahwin hari hujung minggu yang terdapat ramai peserta.

kursus kahwin hari biasaJika anda juga mengalami keadaan seperti ini, anda tidak perlu risau-risau atau rasa tertekan. Ini kerana terdapat dua pusat kursus kahwin yang membuat penganjuran kursus kahwin pada hari bekerja atau pada hari Rabu dan Khamis.

Selalunya, kursus pra perkahwinan pada hari Rabu dan Khamis ini tidak pack dengan ramai peserta. Paling ramai pun mungkin hanya separuh dewan. Jadi suasana sewaktu kursus kahwin hari bekerja ini lebih tenang dan relax.

Buat pengetahuan anda terdapat dua pusat kursus kahwin yang menganjurkan kursus kahwin hari bekerja ini:

1. Kursus Kahwin Gombak

kursus kahwin gombakIanya menjadi tumpuan bagi ramai peserta atau bakal pengantin dari kawasan Pantai Timur – Kelantan, Trengganu dan Pahang.

Kursus kahwin hari biasa ini dianjurkan pada SETIAP RABU DAN KHAMIS MINGGU KEDUA DAN MINGGU KETIGA SETIAP BULAN.

Untuk mendapatkan info lanjut serta tarikh penganjuran kursus kahwin hari bekerja Gombak ini, anda boleh klik link ini, Kursus Kahwin Gombak.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda juga boleh terus Whatsapp petugas di sana, Abang Pian, 019 6457797.

 

2. Kursus Kahwin Danau Kota

Kursus kahwin hari biasa di Danau Kota ini menjadi tumpuan bagi peserta atau bakal pengatin yang datang dari Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, malah ada yang sejauh Sabah dan Sarawak.

Kursus kahwin hari biasa di sini dianjurkan pada SETIAP RABU DAN KHAMIS SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN.

Untuk mendapatkan info lanjut serta tarikh penganjuran terdekat, anda boleh klik link ini, Kursus Kahwin Danau Kota.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda juga boleh terus Whatsapp petugas di sana, Abang Zack di 013 4133343.
Semoga artikel ini dapat membantu anda.

😀

 

 

 

 

Shares